Syiah Pasti Tercengang Bila Dengar Salah Silah Keluarga Imam Mereka

Klik Untuk Bantah COMANGO

26 July 2013

Gambar Terkini Mekah : Tawaf Dua Tingkat

Inlah gambar terkini dari Mekah yang mana telah siapnya laluan tawaf baru yang dibina secara bertingkat. Alhamdulillah ini bakal membolehkan lebih ramai lagi umat beribadah dalam satu masa. 

Syukurlah satu kemudahan tambahan ini dapat disediakan dan telah pun siap dan bakal digunakan tidak lama lagi.

Merujuk pula kepada artikel http://wubra.blogspot.com/2013/07/buka-aurat-hukum-islam-allah-lebih.html dibawah adalah komen dari salah seorang pelawat laman Wubra.

Syukur Alhamdulillah di atas KETEGASAN dan KEBERANIAN mulia Mufti Wilayah Persekutuan, YB Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh, dalam mempertahankan Islam/umatnya. 

Sepatutnya Malaysia sebagai NEGARA ISLAM, dan Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, juga kena pastikan setiap umat Islam/Melayu, kalau bekerja dengan awam atau mewakili negara dalam apa bidang pun, mesti berpakaian sopan sebagai gadis/lelaki Islam/Melayu, dan kalau bangsa lain, juga mesti berpakaian sopan! Tengoklah pakaian paramugari Air Asia, yang LUCAH dengan skirt ketat dan pendek - seolah memperdagangkan anak-anak gadis Islam/Melayu dan bangsa lain, sebagai pekerja kelab malam murahan! Inilah imej Malaysia yang diketengahkan oleh syarikat penerbangan yang TAMAK ini!

Kenapalah Dunia Islam mesti tunduk kepada UNDANG-UNDANG dan KEBUDAYAAN Barat-Zionis yang KURANG AJAR - yang juga menguasai undang-undang antarabangsa UN itu?! Kenapa kita biarkan mereka macam TUAN PENJAJAH kita? Patutnya OIC (Pertubuhan Dunia Islam) mesti lebih lantang dan berani, contohnya untuk buat sendiri sukan Dunia Islam - kalau Olympik tak bagi serta sukan dia kerana kita tak mahu ikut kebudayaan dia, patutnya kita mesti lawan dengan UNDANG-UNDANG Islam! 

Maka, OIC mesti lebih bijak, di dalam mempertahankan KEDAULATAN dan HAK dunia Islam/umatnya. Lagipun apa salahnya wanita Islam pakai baju mandi atau gymnastik yang bukan seperti bikini tetapi bercirikan Islam contohnya, baju bertangan dan berseluar panjang seperti baju mandi Islam yang makin banyak dipakai oleh wanita Islam termasuk di Barat, walaupun dihina oleh ramai si Kafir Barat-Zionis. Apa jenis undang-undang sukan yang memaksa wanita untuk separuh telanjang - apa kaitan dengan kemampuan ahli sukan?! Jadi undang-undang/demokrasi/hak asasi Barat-Zionis ini sebenarnya SAMPAH semata dan tidak bermoral; wanita diperdagangkan sebagai HAMBA seksual dlm. pelbagai sudut. 

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog