Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

23 July 2013

Buka Aurat : Hukum Islam (Allah) Lebih Tinggi Dari Hak Asasi Manusia

Apa nak jadi dgn manusia Islam zaman ini... adakah hak asasi manusia itu lebih tinggi dan penting dari hukum Allah?


HASIL DARIPADA AJARAN "HAK ASASI" YANG DI-PERJUANG OLEH PR.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. 

3 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah di atas KETEGASAN dan KEBERANIAN mulia Mufti Wilayah Persekutuan, YB Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh, dalam mempertahankan Islam/umatnya.

    Sepatutnya Malaysia sebagai NEGARA ISLAM, dan Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, juga kena pastikan setiap umat Islam/Melayu, kalau bekerja dengan awam atau mewakili negara dalam apa bidang pun, mesti berpakaian sopan sebagai gadis/lelaki Islam/Melayu, dan kalau bangsa lain, juga mesti berpakaian sopan! Tengoklah pakaian paramugari Air Asia, yang LUCAH dengan skirt ketat dan pendek - seolah memperdagangkan anak-anak gadis Islam/Melayu dan bangsa lain, sebagai pekerja kelab malam murahan! Inilah imej Malaysia yang diketengahkan oleh syarikat penerbangan yang TAMAK ini!

    Kenapalah Dunia Islam mesti tunduk kepada UNDANG-UNDANG dan KEBUDAYAAN Barat-Zionis yang KURANG AJAR - yang juga menguasai undang-undang antarabangsa UN itu?! Kenapa kita biarkan mereka macam TUAN PENJAJAH kita? Patutnya OIC (Pertubuhan Dunia Islam) mesti lebih lantang dan berani, contohnya untuk buat sendiri sukan Dunia Islam - kalau Olympik tak bagi serta sukan dia kerana kita tak mahu ikut kebudayaan dia, patutnya kita mesti lawan dengan UNDANG-UNDANG Islam!

    Maka, OIC mesti lebih bijak, di dalam mempertahankan KEDAULATAN dan HAK dunia Islam/umatnya. Lagipun apa salahnya wanita Islam pakai baju mandi atau gymnastik yang bukan seperti bikini tetapi bercirikan Islam contohnya, baju bertangan dan berseluar panjang seperti baju mandi Islam yang makin banyak dipakai oleh wanita Islam termasuk di Barat, walaupun dihina oleh ramai si Kafir Barat-Zionis. Apa jenis undang-undang sukan yang memaksa wanita untuk separuh telanjang - apa kaitan dengan kemampuan ahli sukan?! Jadi undang-undang/demokrasi/hak asasi Barat-Zionis ini sebenarnya SAMPAH semata dan tidak bermoral; wanita diperdagangkan sebagai HAMBA seksual dlm. pelbagai sudut.

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    ReplyDelete
  2. Kesian die, kesian mak ayah die.

    ReplyDelete
  3. ini la masalahnya bila kerajaan UMNO BN tak menggunakan kuasa sebagai pemerintah negara melaksanakan undang2 islam sepenuhnya di malaysia.

    Pemuda UMNO Larut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog