Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

09 June 2013

Sahar Saka Merajuk Dan Sertai PKR

Undi yg Sahar Saka dapat cuma 3,219 sahaja berbanding calun BN sebanyak 19,584, jadi memang bersebab la bila Musa Aman memilih calon lain. Tak payah la nak merajuk, sepatutnya sama2 menjayakan kemenangan BN di Libaran.
Sahar Saka mengaku MERAJUK kerana tidak dicalonkanhttp://borneobullet.blogspot.com/2013/06/sahar-saka-mengaku-merajuk-kerana-tidak.html


LIBARAN : Gara-gara hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Libaran, seramai 4,600 orang ahli daripada 38 buah cawangan telah keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu menyertai PKR yang diketuai sendiri Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka, petang kemarin.

Kata Sahar, terdapat beberapa pemimpin kanan UMNO Pusat yang menyelar beliau sebagai orang yang tidak pandai beruntung dan orang yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih serta tidak mengenang budi kepada UMNO kerana menyertai PKR.

"Saya bertanding atas tiket bebas. Saya tidak anti UMNO atau BN tetapi saya marah dengan Datuk Musa Aman yang langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada saya untuk jadi calon di Libaran. Kemudian saya dipecat daripada UMNO untuk seumur hidup. Buat apa saya tunggu parti yang tidak telus perjuangannya?” ujarnya. - SABAHKINI

SAHAR SAKA SENDIRI MENGAKUI BAHAWA BELIAU SEMEMANGNYA BERKONGSI SIKAP TAMAK HALOBA SEPERTI KETUA UMUM PKR, ANWAR IBRAHIM. WALAUPUN TIDAK ADA SEBARANG USAHA DIPIHAK BELIAU BAGI MEMAJUKAN ATAU MEMBELA NASIB PENDUDUK DI PARLIMEN LIBARAN, NAMUN DISEBABKAN KEPINGIN MAHU BERTANDING, MAKA BELIAU TERGAMAK MENJADI CALON BEBAS DAN HARI INI MENYERTAI PKR.

SAHAR YANG HARI INI SEAKAN MARAH TERHADAP DATUK SERI MUSA AMAN KERANA TIDAK MENCALONKAN BELIAU SEPATUTNYA MELIHAT KEMBALI KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM LALU. APA AKAN JADI KEPADA P.184 JIKA SAHAR DIPILIH SEBAGAI CALON BN???


DENGAN HANYA MEMPEROLEHI UNDI 3,219 BERBANDING DENGAN CALON BN PILIHAN DATUK MUSA AMAN DENGAN UNDI SEBANYAK 19,584, SAHAR SEPATUTNYA RASA MALU KERANA TINDAKAN BELIAU BERTANDING ATAS TIKET BEBAS BUKAN SAHAJA GAGAL MEMBUKTIKAN BAHAWA DIRINYA CALON PILIHAN RAKYAT DI PERLIMEN LIBARAN, SEKALIGUS MEMBUKTIKAN SIKAP TAMAK BELIAU BERJAYA MEMECAHKAN UNDI PEMBANGKANG.

TINDAKAN SAHAR MENYERTAI PKR HARI INI SEMEMANGNYA SUDAH DIJANGKA OLEH SEMUA PEMIMPIN BN SABAH SELEPAS BELIAU MELAKUKAN PEMBELOTAN PADA PRU13 LALU. MENYALAHKAN MUSA AMAN ATAS TINDAKAN ITU HANYA UNTUK MENUTUP RASA MALU BELIAU SELEPAS TINDAKAN BELIAU BERTANDING ATAS TIKET BEBAS DAN KALAH TERUK PADA 5 MEI LEPAS TELAH MENJADI BAHAN EJEKAN DIKALANGAN PEMIMPIN DAN RAKYAT DI NEGERI INI.

PEMBELOT SEPERTI SAHAR SAKA HANYA DISUKAI OLEH SPESIS YANG SAMA IAITU ANWAR IBRAHIM. JESTERU TIDAK HERAN JIKA ANWAR MENGALU-ALUKAN PEMBELOT SEPERTI SAHAR WALAUPUN ANWAR SEDAR BAHAWA PEMBELOT INI AKAN SENTIASA MEMBELOT JIKA DIRINYA DIPINGGIRKAN OLEH PUCUK PIMPINAN KELAK.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog