Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

01 June 2013

Racist Melampau Dong Zong

SYA : Apa Lagi Ultra Racisme Dong Zong Mahu ?

Sumber : http://1sya.com/?p=6806
Akhbar Nanyang Siang Pau menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di dalam kabinet Dato’ Seri Najib kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.
Menurut Dong Zong mereka ini yang hanya menamatkan Sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum Cina secara efektif sekali gus tidak layak digelar ‘wakil kaum Cina’.
1. Ketika PR 13 Dong Zong melancarkan kempen anti MCA dan BN untuk memastikan kaum Cina menyokong Anwar dan DAP . Pada ketika itu , MCA sudah mengatakan sekirannya kaum Cina tidak menyokong MCA maka MCA akan tetap dengan pendirian mereka untuk tidak memiliki sebarang wakil dalam Kabinet. Dong Zong pula bongkak menyatakan tiada perbezaan adanya wakil Cina dalam kabinet.
2. Selepas Pasca PR 13 , Dong Zong kini pula mempertikaikan pelantikan 2 kaum Cina dalam kabinet dan pada pendapat mereka kedua – dua wakil ini tidak layak dilantik atas sebab kurang fasih dalam bahasa Cina. Dahulu terdapatnya pemimpin MCA yang fasih berbahasa Cina dalam kabinet juga sering kali ditindas oleh Dong Zong . Dong Zong perlu tahu wakil Cina yang dilantik oleh kerajaan dalam kabinet tidak sepatutnya menjadi alat buli Dong Zong.
3. Kenyataannya Dong Zong ini bersifat amat racist sekali kerana bukan sahaja satu tamparan kepada masyarakat bukan Cina bahkan dalam kalangan masyarakat Cina Dong Zong hendak bezakan dan polarisasikan antara Cina yang fasih bahasa Mandarin dan Cina yang tidak fasih. Apakah Dong Zong juga hendak memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina sendiri ?
4. Dong Zong juga perlu tahu indikator seseorang yang fasih bahasa Mandarin bukanlah satu tanda aras kepada seseorang itu mampu menjalankan tugas mereka dengan baik atau sebaliknya. Dong Zong juga perlu diingatkan bahawa wakil Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri Pelajaran bukan sahaja untuk menjadi wakil kepada Sekolah Cina namun tugasnya adalah untuk menjaga kesemua isu yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan termasuk semua jenis Sekolah di Malaysia.
5. Memandangkan Dong Zong menyokong DAP dan Anwar pada PR 13 maka adalah rasional dan logiknya Dong Zong berjumpa dengan Anwar dan DAP untuk menyelesaikan masalah pendidikan Cina yang melanda masyarakat Cina. Dong Zong perlu belajar apa ertinya tidak tahu malu apabila masih lagi berjumpa dengan wakil BN dalam isu pendidikan Cina apabila mereka sudah jelas menentang kepimpinan BN dari dahulu lagi.
6. Dong Zong juga tahu baik dalam konsep 1 Malaysia BN atau konsep Malaysia Malaysian DAP tidak ada lagi konsep Cina yang seharusnya jaga Cina , Melayu menjaga Melayu dan India menjaga India. Tidak semestinya bangsa lain dalam kabinet 1 Malaysia Najib tidak boleh berjuang dan menjaga hak kebajikan masyarakat Cina dan tidak semestinya wakil Cina dalam kabinet hanya perlu menjaga masyarakat Cina dan pendidikan Cina sahaja.
7. 4. Dong Zong perlu tahu sepanjang PM Najib menjadi PM selepas pasca PR 12 beliau telah banyak menyumbangkan kepada pendidikan Cina. RM 100 juta setahun kepada pendidikan Cina , biasiswa kepada pelajar UEC , pembinaan beberapa Sekolah Cina yang baharu dan juga pemberian tanah di Selangor dan juga 6 tanah di negeri Johor BN kepada sekolah Cina. Berbanding pula dengan Pakatan Rakyat , Anwar dan DAP yang langsung tidak menjaga kepentingan pendidikan dan kebajikan Sekolah Cina. Yang hanya DAP , Anwar dan LGE tahu adalah terus mempersoalkan kelemahan kerajaan dan bukannya sumbangan yang telah dihulurkan. Namun begitu , Dong Zong tetap meneruskan kempen untuk menyokong DAP , Anwar dan Pakatan Rakyat pada PR 13.
8. SYA berjanji akan mempertahankan 2 wakil kabinet Cina dalam kerajaan daripada terus dibuli oleh Dong Zong. Amaran kepada Dong Zong supaya tidak lagi bersifat keterlaluan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog