Situasi semasa Black505, KL lengang
Lapan buah trak FRU kelihatan melalui Jalan Tun Sambathan
Situasi semasa Black505, KL lengang
Seorang lelaki India memegang 'kipas' Black505 awal pagi ini di sekitar Brickfields
Situasi semasa Black505, KL lengang
Sekumpulan peserta himpunan Black505 di Brickfields pagi ini
Situasi semasa Black505, KL lengang
Ibu kota Kuala Lumpur lengang sekita jam 11 pagi
BRICKFIELDS - Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan lengang sekitar jam 11 pagi ini ketika tinjauan wartawan Sinar Harian Online yang ditugaskan membuat liputan himpunan Black505.

Tinjauan awal dilakukan di sekitar kawasan ini yang menjadi salah satu 'check point' para peserta yang kemudiannya akan bergerak ke Padang Merbok.

Tinjauan kami mendapati tidak ada sebarang sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis khususnya di laluan yang menghubungkan "Little India".

Tujuh 'check point' ditetapkan oleh pihak penganjur himpunan.

Orang ramai kelihatan berurusan di kawasan ini seperti biasa dan premis perniagaan juga beroperasi seperti biasa.

Kira-kira jam 11.20 pagi ini, sekumpulan peserta Black505 telah berada di Jalan Tun Sambanthan sambil memegang banner yang tertulis "Kartunis Menentang Penipuan Pilihan Raya" yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Kartunis Independen (KKI).

Kira-kira 10 ahli KKI yang menyertai "flashmob" mula berkumpul di Jalan Tun Sambanthan.

Dalam pada itu, kira-kira jam 11.30 pagi tadi, sebanyak lapan buah kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan melalui Jalan Tun Sambanthan sebelum menghala ke Jalan Bangsar tanpa mengetahui destinasi mereka.