Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

02 June 2013

Kerajaan Tolong Cina Utk Susahkan Bumiputera!

Megasteel susahkan kontraktor bumiputera

SYARIKAT Megasteel sememangnya sentiasa dilindungi kerajaan. Apa sahaja yang mempunyai kepentingan pada Tan Sri William Cheng dan syarikatnya akan mendapat sokongan daripada kerajaan dengan alasan untuk melindungi syarikat 'tunggal' besi tempatan.

Akibatnya, kami kontraktor bumiputera tempatan terpaksa menanggung kos kerana harga besi semua meningkat. Apabila ditanya kepada pembekal, mereka akan mengatakan ini semua Megasteel punya pasal! Kerajaan suruh beli daripada mereka!

Sepanjang tempoh isu-isu besi dibangkitkan, setiap kali pula pihak Megasteel memberikan jawapan. Selalu kata kerugian berjuta-juta walaupun terima subsidi berbilion-bilion ringgit.
Yang peliknya, kalau asyik berterusan rugi untuk bertahun-tahun, kenapa masih boleh meneruskan perniagaan?

Cubalah kerajaan buat audit di Megasteel, bagaimana asyik rugi. Mana subsidi semua hilang atau Tan Sri William sudah melabur di negara China?

Mangsanya adalah syarikat kecil dan kontraktor bumiputera seperti kami yang 'terpaksa menanggung' kerugian tersebut. Terpaksa membeli dengan harga yang mahal, sedangkan kalau melayari laman web untuk mendapatkan barang yang sama dari luar negara jauh lebih murah. Namun untuk mendapatkan kelulusan bukan mudah.

Siapalah kami untuk kerajaan lindungi! Hanya syarikat kontraktor bumiputera kecil dibandingkan dengan Megasteel!

Kerajaan patut memberi perhatian pada syarikat dan kontraktor kecil seperti kami sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini kerana impaknya memang pada kami syarikat dan kontraktor bumiputera kecil yang bersusah payah untuk meneruskan perniagaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog