Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

02 June 2013

DAP Tak Puas Hati Dengan Menteri CIna

DAP mahu ‘bunuh’ (politik) menteri Cina?

mukadepanRedRockSenator Paul Low ialah Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri di kalangan 8 orang rakan sejawatan.
Dengan ditambah 3 orang lagi sudah memadai untuk membentuk satu pasukan bolasepak menteri (skuad Jabatan Perdana Menteri).
Ada 30 jawatan menteri semuanya dalam kabinet kali ini. Dengan itu perwakilan Cina dalam jemaah menteri 2013 ialah 1/30.
Paul Low seorang-seorang sahaja menteri Cina serta beliau tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik.
DAP, setelah berjaya membunuh parti Cina MCA, Gerakan dan SUPP, nampaknya sekarang tidak duduk senang dengan Paul Low — wakil talian hayat yang menghiasi kabinet dengan solekan wajah Cina.

Ada apa dengan DAP ini?

Nampaknya parti itu sedang menuntut supaya semua orang Cina Malaysia mesti mengikut cara streetfighter mereka, iaitu bermusuh habis-habisan serta berperang mati-matian dengan BN.
Menteri Paul Low itu ditegur DAP agar berhenti daripada terus menjadi “apologist BN”.
Sekiranya Paul (dan Mary Yap, Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi) berkhidmat dalam pentadbiran Najib, maka mereka seharusnya pun mempertahankan BN. Soal apologist tidak timbul.
DAP mungkin mahukan supaya Paul dan Mary setia kepada agenda Kristian.
Najib telah memilih menteri Cina yang kedua-dua orang mereka penganut Kristian untuk menyertai kabinetnya. Mary ialah pengerusi Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia.
[Nota: Paul Low telah menghadiri acara di Hotel Red Rock, Pulau Pinang dengan pastor-pastor yang menjadi tajuk utama akhbar Utusan.]
DAP pasti mengkehendaki Paul dan Mary berperangai macam pengarang evangelisThe Star yang bukan bersifat “apologist MCA” mahupun memihak kepada BN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog