Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 June 2013

Blogger UMNO/BN Perang Saudara! Red Bean Army Yang Menang..

Siapa yang bagi @NajibRazak gula gula angin? - Final Parthttp://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/siapa-yang-bagi-najibrazak-gula-gula.html



Semalam bila aku keluar artikel http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/siapa-pegawai-najibrazak-yang-bagi-pm.html ramai yang call aku tanyakan siapa Pegawai/Penasihat Najib yang aku maksudkan dalam artikel itu jadi atas permintaan ramai maka aku siarkan printscreen text yang dihantar kepada aku dan atas sebab sebab melindungi identiti si penghantar maka no phone nya terpaksa aku padamkan.Nanti takde sape lak yang berani nak hantar apa apa info pada aku lagi..he he he.

Walaupun aku tidak dijemput (mana Umno/PM nak jemput aku..kan aku ini anak gampang Umno) menghadhiri Majlis Pertemuan Penggiat Media Sosial Dengan PM haritu,tapi maklumat tentang apa yang berlaku didalam dan diluar majlis tetap sampai kepengetahuan aku.Dikhabarkan tidak ramai NAMA BESAR bloggers yang menghadhiri majlis tersebut dan blogger hebat sapertiPapagomo,Parpukari,RBF,GAP,Medan Info Kita,RAK dan ramai lagi tidak kelihatan didalam majlis itu.Ntah iya atau tidak  dikhabarkan ada macam gerakan MEMBOIKOT majlis ini oleh nama nama besar pada hari itu.Selain Rafi Awang Kecik aka RAK dengan Team Nadi Rakyat yang berprogram di Melaka pada hari itu,yang lainnya aku tidak pasti kemana mereka menghilang.Ada juga desas desus yang mengatakan ramai dikalangan MEREKA waktu itu sedang bercuti diVeitnam,Singapura dan Indonesia sebagai balasan kerja kuat mereka semasa PRU13 oleh "paymaster" masing masing.Untungnya....

Yang menjadi persoalannya...KENAPA PROGRAM DATUK AKMAR,JEBON DAN JALIL MYKMU SEAKAN DIBOIKOT BLOGGERS?

Seingat aku MyKmu bertanggung jawap menyokong Bloggers Besar ini dan ramai lagi sejak program pertama mereka di KL International Hotel dan diikuti banyak lagi program selepas itu yang bolehlah aku takrifkan sebagai program mewah dimana aku turut dilibatkan.

Agak tidak kena pada pandangan aku bila program yang dianjurkan mereka kali ini yang melibatkan PM dan dilangsungkan di Seri Perdana mendapat sambutan suam suam kuku dari nama nama besar ini?

Apakah jasa baik dan usaha Akmar,Jebon dan Jalil telah dilupakan sebaik tamat PRU13?





Nasib baik juga Pengerusi UMB Tun Faisal dijemput dan datang disaat saat akhir atas desakan seorang individu yang tidak perlu aku sebut siapa.Aku difahamkan walaupun Jebon dan Jalil MyKmu bernaung dibawah Datuk Akmar tapi UMBsenantiasa menjadi bahan kutukan dan kerap dipinggirkan dalam program program yang dianjurkan MyKmu.Mungkin UMB dilihat sebagai "saingan" yang suatu masa nanti membuatkan MyKmu,Jebon dan Jalil jadi tak relevan dimata Perdana Menteri.Tahniah kepada Tun Faisal dan Team UMB yang turut hadhir memberiSOKONGAN untuk program Perdana Menteri walaupun ada pihak yang berusaha meminggirkan mereka diperingkat awal.Sepatutnya MyKmu yang sudah begitu lama dialam siber ini sudah kenal siapa KAWAN dan siapa LAWAN mereka dan UMBbukanlah musuh mereka. Bak kata Tun Faisal sewaktu kami bertemu sehari selepas program itu....


"Walau apa pun yang cuba dilakukan oleh banyak pihak untuk memburukan imej saya dan UMB dimata Perdana Menteri,UMB dan saya tetap berdiri teguh dibelakang PM..."

Memang kata kata Tun Faisal itu satu komitmen jitu dari seorang Jenderal UMB,tetapi adakah @NajibRazak sedar akan semua ini atau dia masih khayal dengan "rasa dingin"gula gula angin yang disuapkan kemulutnya oleh tukang karut dan penglipur lara yang bergayut disekeliling pinggangnya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog