Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membenarkan himpunan Blackout 505, di ibu negara, 15 Jun ini, jika ia berlangsung di dalam 'premis' serta mematuhi peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, himpunan itu akan dibenarkan sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan himpunan tersebut di dalam 'premis'.

"Polis akan membenarkan himpunan tersebut jika ia berlangsung di dalam premis," katanya.

Semalam, Anwar Ibrahim berkata, PR akan mengadakan perhimpunan pada 15 Jun ini untuk membantah penipuan dalam PRU13.

PR katanya akan berurusan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan berlakunya pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012.

Antaranya termasuklah peserta himpunan membawa anak kecil menyertai himpunan itu.