PARLIMEN Turki hari ini meluluskan sekatan undang-undang yang menimbulkan kontroversi mengenai penjualan dan iklan minuman beralkohol.

Undang-undang itu telah melarang syarikat minuman beralkohol menjadi penaja acara dan tempat-tempat penjualan awam.

Sehubungan itu, penjualan minuman beralkohol di antara jam 10.00 malam hingga jam 6.00 pagi adalah dilarang.

Partai yang memerintah AK -yang memiliki dasar Islam- mengatakan undang-undang itu akan melindungi penduduk Turki, khususnya anak-anak muda dari pengaruh buruk alkohol.

Sementara itu, pihak yang mengkritik berkata,  langkah itu adalah usaha pihak pemerintah menerapkan agenda Islam terhadap Turki, sebuah negara sekular dengan penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Sebelum ini, tayangan siri televisyen, filem dan muzik video turut tidak dibenarkan menayangkan gambar minuman beralkohol.