505
Kelihatan seorang kanak-kanak berada di lokasi himpunan dengan berbaju hitam dan memakai lilit kepala. – Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
505
Peserta dan penyokong Pakatan Rakyat memenuhi padang timur berhampiran pusat membeli belah Amcorp Mall di Petaling Jaya, hari ini. Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
505
Keadaan tempat letak kereta di lokasi perhimpunan petang ini yang mulai penuh. Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
BERIKUT perkembangan Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya:

6.00 petang : Jalan ke tapak himpunan mula ditutup. Peserta himpunan mula memenuhi padang berhadapan Amcorp Mall
6.05 petang : Polis trafik membuat beberapa sekatan jalan menuju ke lokasi himpunan
6.15 petang : Kelihatan pihak polis sedang mengawal lalu lintas. Kawasan di sekitar lokasi himpunan dipenuhi dengan gerai menjual pakaian dan makanan
6.30 petang : Keadaan lalu lintas masih terkawal
6.45 petang : Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani turut berucap. Sementara itu, peserta himpunan mula meletakkan kenderaan masing-masing di susur masuk lokasi himpunan
7.00 petang : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula menyampaikan ucapan di pentas utama himpunan. Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyampaikan ucapan dan membuat persembahan
7.15 malam : Setakat ni tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh peserta himpunan. Keadaan terkawal

7.30 malam : Kelihatan sudah ada peserta himpunan melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila segelintir ibu bapa membawa kanak-kanak ke lokasi himpunan