Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 May 2013

Malaysian Spring.. Ada Siapa2 Berminat?

Bersih mahu mencetuskan Malaysian Spring?

Wong Chin Huat adalah ahli jawatankuasa pemandu Bersih. Beliau juga seorang Fellow di Penang Institute, badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng (CEOnya Zairil Khir Johari).
Gambar bawah: Chin Huat berdiri di belakang Ambiga, bersebelahan Saifuddin Nasution
Bersih 2.0. Tengok siapa yang duduk di sebelah Ambiga
Sidang akhbar Bersih
Baru-baru ini, Chin Huat menulis sebuah rencana bertajuk ‘Fears grow for a Malaysian Spring’ (29 Mei 2013) yang diterbitkan di Asia Times.
Dalam rencananya itu Chin Huat menyebut bahawa:
“Bersih 2.0, a civil society coalition that has consistently lobbied for a wide raft of electoral reforms, has so far refused to recognize the legitimacy of Najib’s minority government.”
Begitu pandai propaganda Pakatan yang kerap mengulang ungkapan licik “minoriti government” untuk memberi gambaran seolah-olah pentadbiran Najib tidak diberi keyakinan oleh rakyat kebanyakan.
Sekiranya Bersih enggan mengakui kerajaan Najib sebagai sebuah kerajaan yang sah, bagaimana pula dengan kerajaan-kerajaan lain yang sudah dibentuk berasaskan keputusan PRU13?
Adakah kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Guan Eng boleh dikira tidak sah juga? Kiraan undi Pulau Pinang turut diputuskan oleh badan yang sama, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya.
Bagaimana pula dengan kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor? Adakah kerajaan pimpinan Pakatan diabsahkan oleh Bersih ataupun dianggap “tidak sah” sepertimana Bersih menganggap kerajaan Najib tidak sah?
Hari ini Selangor telah melantik barisan exconya. Sekiranya kerajaan persekutuan Najib dianggap tidak sah oleh Bersih, maka kerajaan negeri Selangor pun ikut tidak sah juga.
Dalam pada itu, pelantikan Hannah Yeoh sebagai Speaker akan tidak sah juga.
Twitter Cool, calm and collected ... 2013-05-31 01-31-00
Namun pengerusi Bersih S. Ambiga pula boleh menganggap pelantikan Hannah Yeoh kelmarin sebagai perkara elok.
Malah baru semalam sahaja Ambiga telah mentweet (atas) ucapan tahniah kepada Hannah atas pelantikannya sebagai Speaker Selangor.
Gerakan Bersih ini jelas tidak konsisten dalam pendiriannya.
Yang mana berkaitan dengan Pakatan semuanya dihalalkan sementara apa-apa yang ada hubungkait dengan BN diharamkan ikut suka hati Bersih.
Sebenarnya siapakah Bersih? Bukan pun kerajaan Najib perlu diiktiraf oleh sebuah NGO yang dibiayai dana asing.
Sebaliknya SPR merupakan badan berkanun yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk menjalankan pilihanraya.
Asalkan SPR mengiktiraf kerajaan BN sebagai pemerintah yang sah, maka sah lah pentadbiran Najib dan tak payah Guan Eng melebih-lebih dengan dakyah “kerajaan minoriti“.
Propaganda Pakatan mungkin boleh berjaya mewarnai tanggapan awam tetapi ia tidak ada kesan ke atas tafsiran yang dibuat betul mengikut lunas undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog