SAN TEODORO- Dalam era serba canggih dan berteknologi tinggi ini, masih ada lagi negara yang menggunakan taktik kuno dalam pilihan raya bagi menyelesaikan undi terikat.

Selepas semua undi dikira, kedua-dua calon, Marvic Feraren dan Boyet Py, kedua-duanya mendapat undi sebanyak 3,236 setiap seorang.

Bagi memecah kebuntuan, Suruhanjaya Pilihan Raya Filipna memutuskan untuk menggunakan balingan duit syiling bagi menentukan kemenangan kedua-dua calon tersebut.

Menurut media tempatan, pegawai pilihan raya dikenali sebagai Reny Pagilagan bertindak untuk membaling syiling bagi menentukan kemenangan kerana kedua-dua undi dikira sama banyak.

Kedua-dua calon akan ditempat di sebuah bilik kosong dan mengambil giliran bagi embaling syiling ke tanah.

Akhirnya, keputusan pilihan raya Datuk Bandar dimenangi oleh Feraren yang diisytiharkan sebagai pemenang.

Uniknya keputusan ini juga diterima baik oleh pesaingnya tanpa sebarang reaksi negatif.