Pang Chaw akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha pula di kerusi Dun Tiram, kata laporan Star Online hari ini.

Menurut laporan itu, Pas akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun di Johor.
Calon-calon bertanding diumumkan oleh Mursyidul Am Pas,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini. Ini kali pertama dalam sejarah Pas, calon bukan Islam akan bertanding menggunakan lambang parti itu. Dewan Himpunan Penyokong Pas dinaikkan taraf sebagai sayap sah Pas tiga tahun lalu.