Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

06 March 2013

Kenapa Anwar Tolak Tawaram Media Filipina


ANWAR DITAWARKAN PELUANG TENTANG KAITAN PEMBANGKANG & PENCEROBOH #Lahad Datu


MiM merujuk kepada 2 laporan berita tentang Anwar Ibrahim dan portal Filipina, Inquirer News yang sebelum ini mengaitkan pembangkang sebagai dalang di dalam keganasan di Sabah baru-baru ini.

Laporan pertama adalah seperti di bawah :

Anwar juga memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu. 
"Tawaran menemuduga duga saya itu berlaku pagi tadi. 
"Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu," ujar Anwar lagi.seterusnya
Jika di bawah adalah gambar yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim, apakah media di Filipina tidak dapat membezakan muka di antara Nur Misuari dan Sultan Sulu atau pun mana-mana pemimpin di negeri media tersebut?


Rasanya, agak pelik jika wartawan Filipina tidak dapat mengecam muka pemimpin-pemimpin negara mereka!

Laporan kedua juga tentang jawapan beliau tentang isu yang sama seperti di atas.

Selain daripada kenyataan di atas, Anwar Ibrahim juga mengatakan bahawa beliau 'tiada masa untuk menerima tawaran ditemuramah oleh Inquirier News dengan segera'! 

Alasan Anwar Ibrahim ialah 'beliau sibuk'!

Di antara laporan The STAR :

However, owing to his busy schedule, Anwar said he was unable to take up the offer immediately but would do so later.
He added that the offer would include a live interview of his clarification and publication by the daily. more

Satu lagi rasa pelik kita timbul dengan jawapan Anwar Ibrahim iaitu 'sibuk dan enggan menerima tawaran media Filipina itu dengan segera'.

Peliknya ialah Anwar Ibrahim melenting apabila ditanya tentang kaitan pakatan pembangkang dengan dalang pencerobohan di Sabah. Kata mudah, Anwar dilihat begitu tertekan dengan krisis di Sabah ini.

Tetapi apabila diberi peluang untuk mempertahankan diri beliau sendiri, Anwar tidak pula mahu menyegerakannya!

Sungguh pelik!

Kepimpinan pakatan pembangkang dan pencacai-pencacai mereka juga menyalahkan pihak berkuasa kerana mereka mahu pihak berkuasa bertindak dengan kadar segera. Bagus juga mereka ini memaksa Anwar menerima tawaran Inquirer News dengan kadar segera.

Logik juga mengatakan bahawa jika Anwar bertindak segera, ianya mungkin satu political mileage untuk Anwar tetapi beliau tidak mahu lakukan.

Pelik!

1 comment:

  1. Menjadi suatu perkara yang pelik tatkala beliau mendakwa yang dirinya difitnah oleh Utusan dan TV3 selain menyatakan laporan daripada media negara filipina dikatakan daripada UMNO, dia tak memanfaatkan peluang untuk membersihkan namanya dengan segera. kalau orang lain, peluang sebegitu digunakan dengan seluas-luasnya untuk membersihkan namanya. bila diberi peluang, difitnah lagi dari media yang sama, barulah saman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog