Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 March 2013

Expose : Senarai Kroni Selangor


Senarai kroni Selangor yg dapat projek melalui direct nego dibongkar. Sumber dari laman blog Sel13.com Maka terbuktilah bahawa janji2 PR nayalah SANDIWARA.. !!

Senarai Syarikat Kroni Yang Diberikan Kontrak Lantikan Terus Oleh Kerajaan Selangor

.Apabila mengambil alih pemerintahan Selangor 2008, PKR menerusi Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang  pemberian projek secara lantikan terus (direct nego).
Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan kepada kami oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan.
Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan. Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta.
Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor.
Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat yang dibekalkan kepada kami dan selepas ini kami akan berusaha mendedahkan satu persatu siapa dibelakang syarikat-syarikat berkenaan.
  • Tarikh lulus : 14 Julai 2009
  • Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini
  • Kontraktor: Syarikat Media Sdn Bhd
  • Nilai : RM 307,480.00 
  • Tarikh lulus : 1 September 2009
  • Projek: Membekal kad raya, sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor
  • Kontraktor: D’Macriz Communication
  • Nilai: RM 53,050.00 
  • Tarikh lulus : 18 Feb 2009
  • Projek: Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor
  • Kontraktor: Evera Solution Sdn Bhd
  • Nilai: RM 91,200.00 
  • Tarikh lulus : 14 Mei 2009
  • Projek: Peralatan ICT
  • Kontraktor: Datamini Sdn Bhd
  • Nilai: RM 800,000.00 
  • Tarikh lulus : 7 Jan 2009
  • Projek: Sewaan perlatan ICT
  • Kontraktor: BSO Technologies
  • Nilai: RM 300,000.00 
  • Tarikh lulus : 2 Mac 2009
  • Projek: Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
  • Kontraktor: Luk Resources dan D’Macriz Communications
  • Nilai: RM 160,260.00 
  • Tarikh lulus : 20 Mac 2009
  • Projek: Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
  • Kontraktor: Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd
  • Nilai: RM 127,880.00 
  • Tarikh lulus : 20 Mac 2009
  • Projek: Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS
  • Kontraktor: SK Securesafe Sdn Bhd
  • Nilai: RM 135,298.00 
  • Tarikh lulus : 12 Feb 2009
  • Projek: Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi
  • Kontraktor: Team Associates Consultants Sdn Bhd
  • Nilai: RM 214,492.15 
  • Tarikh lulus : 28 Okt 2009
  • Projek: Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK
  • Kontraktor: Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd
  • Nilai: RM  1,443,610.00 
  • Tarikh lulus : 9 Apr 2009
  • Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
  • Kontraktor: Mirazat Murni Resources
  • Nilai: RM 420,000.00 
  • Tarikh lulus : 7 Mei 2009
  • Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
  • Kontraktor: Mirazat Murni Resources
  • Nilai: RM 420.00
Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender. Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog