Are you humble or arrogant?

Klik Untuk Bantah COMANGO

19 February 2013

Tolak Mamat Ni - Si Bodoh & Si Tamak & Si Malas

Setelah di fikir, renung, kaji, selidik, berkongsi dengan sahabat2 dan sebagainya... telah dapat dirumuskan satu formula yang sangat simple dan bermanfaat untuk rakyat dan negara.


Soalannya ialah siapakah atau parti manakah yang patut kita pilih untuk mentadbir negara tercinta ini. Gua pun memang sebenarnya tak berkemampuan untuk tulis suatu artikel yang panjang. Gua lebih suka beri dalam bentuk POINT dan sedikit huraian dan kita sama-sama fikirkan dan taksirkan sendiri.

Sebagai rujukan, gua ni tidak ada menjadi mana-mana ahli parti.. kerajaan, pembangkang atau bebas.. antara kawan2 dan kenalan gua tu ada semua bangsa dan adalah orang-orang dari UMNO jugak, ada jugak sedara yang sokong Pakatan dsb.. Gua ni pun bukan lah orang yang senang.. tapi gua bukan pula jenis yang anti establishment.. semuanya berkitar pada kesederhanaan...


So, hari ni nak kongsi pandangan untuk pemilihan atau undian yang akan kita laksanakan tidak berapa lama lagi pada awal bulan hadapan(confident je..)


1.  Kita tolak SI TAMAK... bukan nak kata apa... wakil rakyat, pemimpin, ADUN, EXCO, Ahli Parlimen dan yang se-angkatan dengannya semuanya manusia macam kita.. nak cari makan. Tapi untuk ulasan ini, makan lah tak apa.. kami faham pasal kalau kami jadi pemimpin pun mungkin kami, keluarga dan kawan kami makan jugak.. TAPI... janganlah TAMAK..
So pada zaman internet ini, informasi mudah didapati... kita boleh tahu dan kongsi info... siapa2 pemimpin yang kaya melampau tu, kita monitor la sikit... kalau nampak sangat PENAMAK, kita buatlah keputusan yang waras...
Istiharlah harta ke, apa ke.. kita tahu itu kecik punya hal... sekarangkan zaman 'proxy' and Proxy 2.0. So gua harap dapat mesej yg nak gua sampaikan.
2. Kita tolak SIBODOH... si bodoh (mcm kurang ajar sangat pulak rasanya) ni atau yang kurang pandai ni pun patut kita fikir 2, 3 kali sebelum undi... Yang kurang pandai ni pulak ada 2 kategori. Satu, yang memang kurang pandai pasal tak ada sijil pelajaran pada tahap yang memuaskan(Degree sekurang-kurangnya atau lebih baik kalau Master atau Dr). Kedua tiada pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan, yang dia pandai cuma bercakap dan berjanji aje... yang part ni bukan gua nak berat sebelah, tapi yang jenis banyak Pandai Cakap ni ada banyak kat belah Pembangkang.. atau mungkin pasal tak pernah ada peluang kot... 
Sebenarnya bukan pasal tak pernah ada peluang tapi pasal apa yang dicakap tu kebanyakannya adalah komen, komplen dan kritik... tiada cadangan yang membangun atau bernas yang dicakapkan... lagi-lagi cakap2 yg berunsurkan fitnah...

3. Kita tolak SI MALAS... yang ni rasanya adalah hak komuniti masing2 untuk pantau dan buat keputusan sendiri samada wakil yg sekarang ni betul2 ke buat kerja sebagai Wakil Rakyat atau hanya pegang title tapi tak jalankan khidmat.. Yang macam ni pun buat menyemak je duduk dalam Parlimen atau menjadi wakil rakyat...

So sama-samalah kita fikir dan kaji siapakah yang akan kita undi untuk PRU13 ini.. Good Luck dan berdoalah semoga Negara Malaysia ini terus aman dan terus maju dan kehidupan rakyat lebih sejahtera di masa hadapan.


Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog