Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 February 2013

Cerita Menarik DIsebalik Ridhuan Tee


Fakta-fakta menarik tentang Ridhuan Tee

Artikel Asal : helenang.wordpress.com

I. Ahli Umno konon

Ridhuan Tee Abdullah didakwa oleh pembaca Malaysiakini sebagai seorang ahli Umno.
Setahu saya, keahlian Umno dibuka kepada orang Melayu, pribumi, mamak, Siam dan Serani.
Jadi kenapa pula para pengomen di alam maya boleh menyangka Ridhuan seorang ahli Umno?
Adakah mereka pernah nampak kad keahliannya? Ataupun terserempak dengan beliau di PWTC tatkala berlangsungnya perhimpunan agung parti? Ataupun mereka membaca di mana-mana suratkhabar yang menyatakan fakta sedemikian?
Mungkin mereka begitu benci pada Umno dan dengan itu seseorang yang tidak disukai akan secara automatik dikaitkan dengan parti Melayu itu.
Ataupun mereka begitu membenci Ridhuan dan dengan itu sesuatu benda yang tidak disukai akan secara automatik dikaitkan dengan mualaf tersebut.

II. “Muslim chauvinist”

Lihat screenshot di atas halaman.
Pelanggan Malaysiakini yang menggelar dirinya Milosevic membuat komen mengatakan:

“His [Ridhuan's] behaviour is similar to other religious converts, such as some Chinese Taoists/Buddhists becoming Christians.
“When they reject their parent’s culture and beliefs, and their own heritage, they tend to adopt a narrow identity and see the world in simplistic terms, taking their new belief as the sole and only truth and running down all other religions.
“I am not against religious conversions but I detest converts who become a menace to society, while deluding themselves that they are good pious people.”
Milosevic dan pengomen-pengomen yang sewaktu dengannya nampak marah pada saudara baru Islam yang:
(a) menolak kepercayaan dan budaya asal kaum keluarga serta warisan nenek moyang
(b) mengamalkan identiti yang sempit dan melihat dunia sebagai hitam putih sahaja
(c) menganggap Islam sebagai satu-satunya kebenaran serta memandang rendah agama lain
(d) mengaburi mata sendiri bahawa mereka adalah Muslim yang baik dan alim
Intipatinya, Ridhuan (ataupun mungkin orang Cina lain) yang masuk Islam dipandang serong.
Namun apa kata kalau saya bagi satu contoh selari pula, yakni seorang individu yang memeluk agama Kristian pada umur 19 tahun?
Selain menganggap Kristian sebagai satu-satunya jalan benar, individu tersebut juga
(a) menolak mentah-mentah warisan “Indian”
(b) mengenakan identiti sempit (kalau bukan Bangsar Malaysia, anda mestilah“RASSSISSSS!!!”), “see the world in simplistic terms” — Umno evil / undi DAP dapat masuk Jerusubang
(c) “low class”: memandang rendah orang yang mempunyai fahaman bercanggah
(d) “righteous”, “we’re gonna serve the Lord”, “may God have mercy on you”
Tak nampak pun mana-mana penyokong pembangkang mengamuk sakan dengan Cina yang masuk Kristian…
RidhuanFacebook

III. “Low class filthy Chinaman”

Komen di Facebook oleh Rk Sandhu (screenshot atas) adalah respons kepada rencana FMT – ‘Act on Ridhuan or face the music‘ (19 Feb 2013).
Si pengomen menggelar Ridhuan sebagai “low class”. Maklumlah orang Jerusubang…
Yang saya hendak pertikaikan ialah kenapa seorang Anak Bangsar Malaysia mahu mengungkit “identiti” bangsa dengan mengatakan Ridhuan seorang “Chinaman” yang mahu dianggap Melayu (“Malay wannabe”)?
Bukankah Sang Firster itu seorang yang buta warna kulit serta selalu menegah orang lain daripada mengaku bangsa masing-masing? Tetapi di sini mereka nampaknya sendiri yang begitu obses dengan ras.

IV. bin Abdullah

Adakah anda masih ingat lagi pada seorang pengarang Star itu yang mengatakan bahawa konsep Ras sebenarnya tidak wujud?
Sekiranya setiap warga tidak mempunyai etnik tetapi sebaliknya semua orang adalah Anak Malaysia, kenapa pula mahu Ridhuan dituduh telah memurtadkan keCinaannya?
Nampak seolah-olah macam penyokong pembangkang tidak berkenan dengan mualaf yang memakai nama Islam “bin Abdullah” ataupun “binti Abdullah”. Kenapa pula begitu walhal merekalah yang selalu menyuarakan kata-kata bahawa semua orang Malaysia adalah bersaudara “brothers and sisters”?
Oh, hampir saya lupa. Orang Kristian ni selalu pesan, “vilify the sin but love the sinner”. Maksudnya sebagai seorang pencinta Yesus, penganut-penganut Kristian perlu menunjukkan rasa kasih sayang pada semua orang dan jiran mahupun yang berdosa. Ini termasuk Ridhuan, bukan?
Love the sinner, lah, beb. Ini tak. Asyik mencarut aje.

2 comments:

  1. sokong ridhuan tee yg tetap mempertahankan islam.. bukannya org2 yg telah lama islam yg kononnya lebih islam dan lebih faham tentang islam tapi sanggup melacorkan agama islam demi politik, kuasa dan undi org2 kafir...

    ReplyDelete
  2. Ajaran Kristian yang Tuan letak diatas tu tidak terpakai untuk Rid One Murtad Abdullah kerana V. P.rry dan Rk. S.dhu bukan beragama Kristian. Memang betul lah, kalau ini dah diganggap, hukuman yang mereka jatuhkan ke atas Rid One yang pernah murtad dua kali; menderhaka kepada kedua orang tua dan keturunannnya dihina low kelas pariah. Ertinya, Ridwan sendiri meletakan dirinya lebih hina, rendah daripada binatang yang darahnya halal layak disembelih saja, mengikut agama Hindu bermazhab China.
    Dengan kata lain,“Vilify the sin but love the sinner”, lebih sesuai untuk mereka yang masih bisa diubati. Dia yang membuat onar, biarlah dia yang tanggung. Tak usahalah tuan-puan membelanya lagi. Mungkin suatu hari kalau dia murtad terhadap agama Islam tentu tuan tidak membelanya bukan? Yang membuat onar sekarang ni beragama Islam dan bernama RTA. Kalau dia murtad lagi. Kali ni adalah kali yang ke tiga. Apakah hukuman ke atas orang yang murtad dalam agama Islam?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog