Syiah Pasti Tercengang Bila Dengar Salah Silah Keluarga Imam Mereka

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 January 2013

Pembongkaran : Kerajaan Guna Tanah Rakyat Selama 44 Tahun Tanpa Pampasan


Merujuk kepada artikel dibawah yang telah disiarkan pada 14 Ogos 2012, pihak penduduk masih tidak mendapat apa2 maklum balas dari pihak kerajaan. Bencana tanah mendap pada 2011 adalah bukti kerajaan tidak bertanggung jawab terhadap palong yang dibina di bawah rumah penduduk.


Kejam : Penduduk Melayu Kg Baru Terbiar

Bayangkan sekiranya kejadian tanah mendap seperti gambar dibawah berlaku didalam rumah tersebut. Kejadian ini berlaku akibat dari kerosakan palong bawah tanah JPS yang telah usang dan tidak di selenggara.

Nyawa penduduk terbabit di pertaruhkan. Sampai bila harus hidup begini tanpa SATU sen pun pampasan dari kerajaan dan tiada jaminan keselamatan. Mereka ini bukan penduduk setinggan, kenapa hak mereka tidak terpelihara dan diabaikan. 

Hari ini DBKL mengeluarkan notis keluar rumah untuk kerja pembaikan.. tapi siapakan yang akan menjamin hartabenda mereka yang telah meninggalkan rumah adalah terjaga dan terpelihara dan bagaimana pula sekiranya berlaku kerosakan hartabenda akibat kerja-kerja pembaikan. Kenapa kebajikan penduduk Melayu Kg Baru di abaikan sampai begitu sekali????

Kerajaan dan JPS lupa mereka guna tanah penduduk Kg Pindah di Kg Baru selama lebih 40 tahun dengan percuma tanpa sebarang pampasan untuk tujuan laluan palong bawah tanah yang menyalurkan air dari Sg Bunus melalui laluan pintas terus ke Sg Kelang. Adakah ini adil??

Palong tersebut telah dibina sekitar tahun 1968 dan diperbaharui pada tahun 1978 dan 1989. Tiada sebarang dokumen bertulis antara tuan punya tanah dan pihak kerajaan.

Hanya pada tahun 2011 apabila ada bencana tanah mendap/jerlus dan jalan pecah akibat hujan lebat di Kg Pindah barulah pihak kerajaan hendak mengambil perhatian. Nasib masih baik kerana tiada kemalangan nyawa.

Sekarang orang Kg Baru mempunyai kehidupan yang selesa. Rumah atas tanah(bukan condo atau apartment) berdekatan dengan bandar, semua kemudahan ada berdekatan. Berapakah NILAI kehidupan ini? Nilai harga tanah Kg Baru bukan hanya pada nilai komersil tetapi terdapat juga nilai 'kehidupan' yang tidak boleh dilepas pandang. Tetapi selepas kejadian tanah mendap akibat palong yang pecah, semua kehidupan yang selesa ini telah punah bagi yang terlibat. Tahun ini masuklah tahun kedua berhari raya dalam selepas kejadian pada April 2011. 

Penduduk terlibat kehilangan sumber pendapatan dari sewaan rumah, sewaan bilik, perniagaan taska, menjahit dan sebagainya... Tidak kurang juga yang terpaksa menanggung kenaikan kos hidup harian selepas pemindahan sementara ke Setapak. Siapa nak tanggung semua kerugian dan kos sara hidup ini... 

Notis DBKL hari ini menyatakan akan menyaman RM250 setiap hari, sekiranya tidak mengosongkan premis dalam masa 7 hari.. DBKL tau tak ada sambutan hari Raya dalam beberapa hari aje lagi.... 


  • Palong JPS lalui bawah rumah penduduk lebih dari 40 tahun
  • Tiada sebarang pampasan
  • Tiada sebarang tarikh sampai bila akan begini
  • Kini palong rosak dan berlaku tanah mendap 
  • Penduduk merana dah masuk Raya kedua
  • Penduduk kerugian dan hilang pendapatan 
  • Penduduk disuruh pindah
  • Tiada jaminan jika kerosakan atau kehilangan harta benda
  • Penduduk yang tak pindah akan disaman

ADILKAH KERAJAAN KEPADA MELAYU KG BARU????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog