Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

30 January 2013

KFC Dah Dijual?


KFC - akhirnya rakyat Johor menjilat jari..!


KENTUCKY Fried Chicken (KFC) adalah tonggak kejayaan Johor Corparation malah jenama ini bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi turut di kenali di seluruh dunia dan telah melahirkan ramai-usahawan Melayu yang berpaung di bawah syarikat ini.


Tindakan Menteri Besar Johor  mahu menimbang cadangan untuk menjual  dan difahamkan telah pun menjual KFC ini kepada usahawan Cina menimbulkan berbagai-bagai persoalan apabila sudah banyak aset-aset milik rakyat Johor sebelum ini dijual  terutama sekali melibatkan tanah kepada Cina dan mereka mempersoalkan,berapa banyak lagi harta orang Melayu Johor mahu dijual ataupun digadaikan kepada Cina yang berkepentingan?


Penyakit jual harta rakyat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi turut berlaku di Negeri Johor ini di mana nama seorang Cina yang dikenali sebagai  Lim Kam Hoo sering disebutkan sebagai antara Cina yang mendapat segala kemudahan untuk membeli aset-aset Melayu di negeri itu hingga timbul cakap-cakap,takkan semua harta Johor mahu dijual kepada Cina ini?


Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. 


Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain.


Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif , Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.


Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti  Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta.


JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002.


Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini.



Ghani oh Ghani!
Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion.


Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).


Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.


Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu.


Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana pula  nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?


Apakah peranan  Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp kerana  adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh  Ali Hashim yang menyebabkan Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Abdul Ghani juga  telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi?


Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini dan kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Patalon yang terkenal dengan panggilan “20 percent” kerana setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. 


Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Patalon yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu  Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.


Semasa JCorp di bawah pentadbiran Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp.


Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay).

Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.. Baca di sinilaporan sebelum ini…

Sumber : http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/01/kfc-akhirnya-rakyat-johor-menjilat-jari.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog