Kalau dilayan, perang agama akan menjadi realiti. Apa dia masaalah Karpal, Lim Guan Eng dan lain2 yang bukan Islam yang sibuk sangat nak guna kalimah Allah. Kalau percaya tuhan itu Allah, masuk je la Islam, apa yg susah sangat. Tapi rasanya kali ini PAS tidak akan tunduk dengan Karpal. Insyaallah PAS sudah dibukakan hati pada yang benar.
Kenapa telah mula ada yang edar bible disekolah yang ada pelajar Islam? Apa tujuannya? Kenapa beri pelajar Melayu, pelajar Islam bible?
JANGAN KURANG AJAR MELAMPAU!!!
PATRICK TEOH... Jangan melampau !!!
Peraturan pakaian: Karpal minta Kedah tidak 'kocak keadaan'
19 Januari 2013

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini berkata beliau berharap kerajaan Kedah yang diterajui Pas tidak 'mengocak keadaan" dengan cuba menetapkan peraturan berpakaian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Beliau berkata, keputusan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan pada majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina adalah melampaui norma biasa.
"Cara berpakaian adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sesuatu yang ditentukan sendiri oleh seseorang.
"Ia bukan sesuatu yang boleh ditetapkan dan disuruh di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Setelah mendapat bantahan berhubung perkara itu, kerajaan Kedah membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Januari dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan asalkan mereka berpakaian sopan, termasuk tidak mendedahkan ketiak, dada dan paha.
Karpal Singh juga menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Malaysia kerana gabungan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mencapai persetujuan bahawa perkataan itu boleh diguna dalam Bible bahasa Malaysia. - Bernama



No comments:
Post a Comment