Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

06 January 2013

Apa Nak Jadi DAP Ni? Jom Himpun Bersih X.0

Rasanya ahli-ahli DAP kena buat perhimpunan Bersih X.0 untuk memastikan pilihanraya parti adalah bersih dan tulus... laporan dari DrMIM di bawah sangatlah ringkas dan jelas. Adakah begitu teruk sekali hasil pengiraan undi DAP... apasal la kelam kabut sangat... banyak sangat menipu la ni kot.. kena kepala sendiri...
Jom Himpun Bersih X.0

FAKTA PENTING DISEBALIK HILANGNYA MARUAH PARTI PRO-ANWAR! !


Satu lagi penemuan yang pasti memalukan DAP dan mencemar pemilhan CEC DAP baru-baru ini!

MiM mendapat details daripada Dr Ir Shaik Hussein, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tentang keraguan pengundian yang cuba ditutup segera dengan perletakan jawatan pegawainya.

Beliau telah mendedahkan bahawa jumlah undi perwakilan DAP yang dicatitkan pada 15 Disember 2012 ialah 36,044 undi.

Akan tetapi, jika kita rujuk di bawah, 1,795 undi sah telah dilaporkan. Setiap wakil mengundi 20 calon CEC DAP. Maka total undi yang sah : 1,795 x 20 = 35,900 undi.

Di manakah datangnya lebihan 144 undi di hari pemilihan CEC DAP itu?

Malah, matematik mudah : 36,044 ÷ 20 = 1802.2! Mana mungkin ada 1802.2 wakil?

Tidak mungkin mereka yang terlibat dalam pemilihan CEC DAP itu tidak nampak perbezaan yang sangat jelas ini? Malah, budak darjah 4 pun lebih tahu!



Malah, jumlah undi setelah di'UBAH' DAP style ialah 35162 undi.

Matematik mudah : 35162 ÷ 20 = 1758.1! Mustahil wujud nilai1758.1 wakil! Siapa yang 0.1 itu?


Dan persoalan besar ialah di manakah 'hilangnya 882 undi' seperti yang MiM terangkan pada jadual di atas?

Yang menjadi isu ini lebih besar dan menjatuhkan maruah parti DAP hingga layak dibubarkan sahaja ialah apabila pihak yang menguruskan undi itu mendedahkan :
Kesilapan tersebut tidak disedari oleh pihaknya sehinggalah hari berikutnya dan lantas dilaporkan kepada Setiauaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

1. Persoalannya, kenapa tiada respons, tindakan immediate yang kedengaran daripada Lim Guan Eng DAP?

2. DAN jika benar, apakah Lim Guan Eng DAP yang merupakan seorang Akauntan telah gagal melaksanakan tugas beliau untuk menasihati dan menyelesaikan isu ini dan bukannya selepas 3 minggu?

3. Bukankah anak Lim Kit Siang itu patut bersikap adil dan gentleman serta turut mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu?

4. Atau beliau pun patut letak jawatan?

5. Atau diadakan semula pemilihan CEC DAP? Tetapi, jika benar, kita pasti tidak terkejut jika ada calon-calon Melayu yang akan 'menang' kali ini!

Tetapi rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpedaya! Maklumlah, beberapa minggu ini, DAP begitu hebat dimalukan sebagai parti rasis dan cauvinis.

Maka, apa sahaja keputusannya tidak akan menutup 'bangkai busuk' yang memalukan parti DAP itu.

Sumber : http://novandri.blogspot.com/2013/01/fakta-penting-disebalik-hilangnya.html

1 comment:

  1. KALAU NAK TAHU,

    INILAH SALAH SATU CIRI DALAM UBAH ROKET STYLE YANG DEPA BANGGA2KAN TU..

    ANYTIME BOLEH UBAH2 KEPUTUSAN PENGUNDIAN...


    MMMMMUUAAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog