Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 December 2012

Deepek Pecat Sivarasa & Latheefa Koya


alt

KUALA LUMPUR, 28 Dis - Ahli perniagaan kontroversial, Deepak Jaikishan telah menggugurkan kes tuntutan saman terhadap Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator Raja Ropiaah Abdullah hari ini.

Sebelum itu, Deepak melalui keterangan lisan bersumpah di mahkamah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui Kementerian Pertahanan meluluskan penjualan 223 ekar tanah di Bukit Raja oleh syarikat Awan Megah (M) Sdn Bhd kepada syarikat milikan beliau, yang pada asalnya milikan Kementerian Pertahanan.

Keputusan tersebut disahkan oleh Saseedharan Menon, peguam bagi defendan utama, syarikat Awan Megah yang dimiliki oleh Senator Raja Ropiaah Abdullah merangkap Ketua Wanita UMNO Selangor.


"Ya, mereka telah menarik balik (tuntutan saman) dan mahkamah telah menggugurkan kes itu," katanya.

Beliau berkata sebab penarikan secara tiba-tiba tuntutan saman, yang sepatutnya telah ditetapkan untuk penyerahan lisan, tidak diberikan.

"Kami tidak mempunyai bantahan terhadap penarikan balik tuntutan saman mmandangkan tidak ada perintah mengenai kos dikeluarkan," katanya "Ini bukanlah penyelesaian kes di luar mahkamah. "

Dalam pada itu, Latheefa Koya berkata Deepak telah menukar peguamnya hari ini.

"Untuk rekod, kami bukan lagi peguam bagi kes beliau," katanya dengan merujuk kepada peguam R Sivarasa dan N Surendran.

Beliau berkata apa-apa perkara berkaitan mengenai Deepak, termasuk menggugurkan tuntutan saman, telah dikendalikan oleh firma lain, dan tiada sebab telah diberikan mengenai perubahan peguam.

1 comment:

  1. salam...tuan mohon tuan pautkan blog saya pada halaman blog tuan. blog saya mediauruk.blogspot.com...terima kasih atas sokongan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog