Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

29 December 2012

Amanat : Hadi & Mufti Secara Langsung Di Saluran TV

Inilah bagus.. Hadi secara gentleman bersedia untuk memberi keterangan mengenai Amanatnya.. gua rasa saluran TV harus segera beri ruang ini, kalu boleh esok terus kasi ruang untuk Hadi dan untuk lebih bagus lagi jemput sekali Mufti2 yang mempersoalankan isu ini dan juga ustaz dan ulamak yg pakar.. Ini adalah isu penting untuk Islam.. ini bukan pasal parti politik. Berani kerana benar. Allah yg maha kuasa.. Islam untuk dunia dan akhirat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog