Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

04 November 2012

Nurul Dah Melalut Teruk Sangat Ni


Sejak bila seorang individu yang beragama Islam boleh menerima Lesbian Gay Bisexual Transgender? Apakah individu ini tidak takut dosa sedangkan Allah SWT mengutuk kaum Luth yang mengamalkan seks luar tabii?

Inilah di antara banyak lagi persoalan yang timbul dek kenyataan Nurul Izzah di dalam satu forum bertajuk 'Islamic State : Which version ; Who's responsibility'.

Nurul Izzah juga seolah-olah membawa nada pluralisme sama seperti Anwar Ibrahim! 

MiM akan kupas satu persatu selepas ini. Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah apakah kepimpinan PAS dan pemimpin beragama Islam di PKR akan mendiamkan diri begitu sahaja mendengar kenyataan kontroversi anak Anwar Ibrahim itu? 

Sila baca laporan Antara Pos di bawah : 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam. 
Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain. 
“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini. 
Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam. 
(MiM : apakah kenyataan itu bermaksud Nurul Izzah  bersetuju dan tiada masaalah jika ada yang mahu murtad? Sangat merbahaya! )
Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam. 
Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. 
Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam. 
“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.

“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau. -Antarapos 
(MiM : Bagaimana pula dengan Rafizi Ramli yang menjadi paparazzi mengekori dan mengintai serta mencerobohi hak privasi keluarga DS Nazri Aziz? Kenapa tidak kritik?) 
Kenyataan Nurul Izzah adalah sekata dengan bapa beliau. Dan apabila beliau 'menerima LGBT ianya juga boleh diandaikan bahawa Nurul Izzah juga boleh menerima seks luar tabii?

MiM berharap agar Nurul Izzah tidak berdolak dalih pula serta mengambil sedikit pengertian sahaja tentang LGBT dan penerimaan beliau!

Ironinya, Anwar Ibrahim telah memberi keterangan beliau tentang maksud 'undang-undang lapok' mengenai homoseksual.


Di antaranya :

Elaborating further about the review of “archaic laws” on homosexuality, Anwar said: “There are punishments, but they are draconian and that is the issue. My meaning is not to punish people based on prejudice,” he said. more
Apakah maksud draconian?
Draconian is an adjective meaning great severity, that derives from Draco, an Athenian law scribe under whom small offences had heavy punishments (Draconian laws). more or 'unusually harsh law.'
Apakah benar homoseksual itu 'small offences had heavy punishments' atau pun 'kesalahan kecil yang menerima hukuman berat'?

Kita sendiri tahu bahawa seks songsang homoseksual dan kaum Luth telah dilaknat oleh Allah swt. Maka, apa mungkin homoseksual itu adalah 'draconian' atau pun 'kesalahan kecil yang menerima hukuman berat' atau pun menerima 'unusually harsh laws' ?

Di sini MiM sertakan undang-undang yang melibatkan homoseksual :

Menurut perundangan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan bermaksud, “Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii hendaklah dihukum penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan hingga dua puluh tahun, dan boleh juga disebat."

Jika merujuk kepada Kaum Luth yang dilaknat oleh Allah swt, apakah hukuman ke atas homoseksual itu lapok dan 'perlu dikaji semula' seperti dikatakan oleh Anwar Ibrahim?

Apakah hukuman di atas terlalu berat atau 'unusually harsh laws' ?

Bagaimana pula impak homoseksual kepada masyarakat umum terutamanya negara yang agama rasminya ialah agama Islam seperti Malaysia?

Apakah kita dan Anwar Ibrahim mahu berkompromi dengan gejala buruk ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog