Muhyiddin: 'Anwar pengkhianat, dengki dan berniat jahat'
27 November 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Tindakan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim meminta campur
tangan daripada negara luar
untuk memantau Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) sebagai
perbuatan khianat kepada
negara.
Menurut Timbalan Presiden
Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
, pembangkang hakikatnya
dengki dan berniat jahat
terhadap Barisan Nasional
sehingga sanggup berbuat
demikian demi menggambarkan
pilihan raya di negara ini kotor.
"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor.
"Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-
awal lagi mengatakan pilihan raya di negara kita tidak adil.
"Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihan raya
nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihan raya negara kita tidak adil,
supaya apabila mereka kalah dalam pilihan raya, senanglah untuk mereka menuduh
bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka,"katanya ketika menyampaikan ucapan
perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno di Perhimpunan Agung Umno kali ke-66,
malam ini.
Anwar baru-baru ini cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk
memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.
Permintaan Ketua Umum PKR itu bagaimanapun ditolak Menteri Luar Australia, Senator
Bob Carr yang berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan
raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
Anwar dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan
dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa
pembangkang diketepikan oleh media.
Menurut Muhyiddin, tindakan pembangkang berbuat demikian hanyalah semata-mata
untuk menghalalkan perbuatan mereka selepas itu jika kalah dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 ini nanti.
"Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan
yang telah dibuat oleh rakyat.
"Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati
pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR.
Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adil kah pemilihan PKR?
Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi
Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan?,"kata Muhyiddin.
panggil jala pemantau dari australia,,, kita tunjuk dekat anwar yg pilihanraya kita adil
ReplyDelete