Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

16 November 2012

Hari Asyura, Sejarahnya & Amalan

Asyura berasal dalam bahasa arab iaitu Asyara bermaksud sepuluh. Bermakna kejadian Asyura berlaku pada hari yang ke sepuluh dalam kelendar Islam 10 Muharam. Banyak kejadian2 yang berlaku pada hari Asyurah 10 Muharam ke atas Nabi2 kita yang di sanjungi;
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam A.S dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam A.S setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris A.S diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh A.S dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim A.S dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim A.S diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub A.S telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub A.S disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa A.S telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus A.S selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud A.S diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman A.S dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa A.S diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Sahabat Rasulullah Saw. Abdullah bin Abas ra. meriwayatkan:
Aku tidak pernah mendapati Rasulullah SAW menjaga puasa suatu hari kerana keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini iaitu hari Asyura dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan. (HR Muslim)

Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra, Rasulullah SAW bersabda ;
Puasa di hari Asyura, sungguh aku mengharap kepada Allah SWT dapat menggugurkan dosa setahun yang lalu. (HR Abu Daud)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog