Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

11 October 2012

Suara Keras Nasha

Orang yang berprinsip tegas dan hanya yakin dengan Islam akan setuju 100% dengan arah Ustaz Nasha. Niat yang lurus dan ikhlas dan yakin hnaya pada yang SATU. 
Ikuti beberapa ungkapan yang jelas dari Ustaz Nasha di bawah. Adakah DAP benar2 jujur, macam mana pun dah terang-terangan mereka membangkang KERAS terhadap rancangan menegakkan hudud.

“Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?


“Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri,” katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.


Nasha juga dilapor turut membangkitkan persoalan motif golongan bukan Islam yang kini berbaik-baik dengan umat Islam, adakah untuk “untuk kesenangan bersama” (marriage of convenience) dalam percaturan politik semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi.


“Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog