Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

29 October 2012

Melayu Kg Baru Jadi Korban

Sempena Aidil Adha atau Hari Raya Korban masyarakat Islam di Malaysia melakukan amalan menyembelih ternakan seperti lembu dan kerbau untuk diagih-agihkan. Insyaallah dapat dirasa daging korban dengan pelbagai masakan untuk santapan bersama.

Yang malangnya semenjak 44 tahun (1968) lalu beberapa pewaris dan penduduk Kg Pindah di Kg Baru yang terpaksa berkorban untuk tanah mereka digunakan untuk laluan palong JPS bagi memintas Sg Bunus terus ke Sg Kelang. Ini adalah untuk mengelakkan kejadian banjir di kawasan Kg Baru, Chow Kit dan kawasan sekitarnya apabila berlaku hujan lebat.

Yang malangnya adalah kerana satu sen pampasan pun tidak dibayar oleh pihak kerajaan malah terpaksa melalui kesukaran hidup dan juga terabai hak untuk membangun tanah mereka sendiri. Dan yang paling malang apabila palong tersebut pecah dan berlaku bencana tanah mendap pada April 2011 yang memaksa mereka berpindah kerana rumah mereka tidak lagi selamat untuk diduduki dan paling sedih sekali apabila tuntutan ganti rugi yang dikemukakan tidak mendapat layanan yang setimpal dan setelah satu setengah tahun masih dilengah-lengahkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Kg Baru.

Ini semua berlaku adalah disebabkan pecahnya palong JPS yang telah melebihi jangka hayat dan juga kerana kecuaian DBKL atau pihak berwajib menyelenggara dengan baik palong ini. 

 Dahlah terpaksa berkorban tanah milik persendirian, nyawa penduduk terbabit juga di pertaruhkan. Sampai bila harus hidup begini tanpa SATU sen pun pampasan dari kerajaan dan tiada jaminan keselamatan. Mereka ini bukan penduduk setinggan, kenapa hak mereka tidak terpelihara dan diabaikan. 

Kerajaan dan JPS lupa mereka guna tanah penduduk Kg Pindah di Kg Baru selama lebih 40 tahun dengan percuma tanpa sebarang pampasan untuk tujuan laluan palong bawah tanah yang menyalurkan air dari Sg Bunus melalui laluan pintas terus ke Sg Kelang. Adakah ini adil??

Palong tersebut telah dibina sekitar tahun 1968 dan tiada sebarang dokumen bertulis antara tuan punya tanah dan pihak kerajaan.

Rakyat terpaksa korbankan hak untuk membangun dan juga berkorbankan keselesaan yang sepatutnya kerana palong JPS ini.

Hanya pada tahun 2011 apabila ada bencana tanah mendap/jerlus dan jalan pecah akibat hujan lebat di Kg Pindah barulah pihak kerajaan hendak mengambil perhatian. Nasib masih baik kerana tiada kemalangan nyawa.

Sekarang orang Kg Baru mempunyai kehidupan yang selesa. Rumah atas tanah(bukan condo atau apartment) berdekatan dengan bandar, semua kemudahan ada berdekatan. Berapakah NILAI kehidupan ini? Nilai harga tanah Kg Baru bukan hanya pada nilai komersil tetapi terdapat juga nilai 'kehidupan' yang tidak boleh dilepas pandang. Tetapi selepas kejadian tanah mendap akibat palong yang pecah, semua kehidupan yang selesa ini telah punah bagi yang terlibat. Tahun ini masuklah tahun kedua berhari raya aidil fitri dan kali kedua berhari raya korban dalam selepas kejadian pada April 2011. 

Penduduk terlibat kehilangan sumber pendapatan dari sewaan rumah, sewaan bilik, perniagaan taska, menjahit dan sebagainya... Tidak kurang juga yang terpaksa menanggung kenaikan kos hidup harian selepas pemindahan sementara ke Setapak. Siapa nak tanggung semua kerugian dan kos sara hidup ini... 

  • Palong JPS lalui bawah rumah penduduk lebih dari 40 tahun
  • Tiada sebarang pampasan
  • Tiada sebarang tarikh sampai bila akan begini
  • Kini palong rosak dan berlaku tanah mendap 
  • Penduduk merana dah masuk Raya kedua
  • Penduduk kerugian dan hilang pendapatan 
  • Penduduk disuruh pindah
  • Tiada jaminan jika kerosakan atau kehilangan harta benda

Begini perlakuan kerajaan kepada Melayu Kg Baru? Jawapannya ada pada penduduk yang terlibat.. kalau anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog