Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

20 October 2012

Masaalah UMNO Semakin Runcing

UMNO akan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk pantau dan mengambil tindakan kepada ahli yang didapati mensabotaj UMNO. Gua rasa ini satu langkah yang tidak berapa tepat dalam waktu yang kritikal untuk memenangi PRU 13.
Soalan pertama yang harus di tanya, mengapakah ahli ini mensabotaj parti? Satu lagi faktor yang jangan diambil ringan, ahli yang mensabotaj ini selalunya juga mempunyai jumlah pengikut yang mungkin ramai. 
Bagi ahli yang tiada ramai pengikut, tiada guananya untuk sabotaj, manakala hanya mereka yg ada ramai pengikut akan berani mensabotaj parti dan pada waktu ini UMNO perlukan sokongan penuh. 
Persoalan kedua, adakah tindakan menggantung atau memecat ahli yg didapati mensabotaj akan memberi kelebihan kepada UMNO atau sebaliknya?
Yang sepatutnya, bawalah berunding... dan fikirkanlah langkah yang lebih baik untuk mengatasi masaalah ini... good luck braders of UMNO.
Persoalan ketiga, adakah pemimpin dan ahli UMNO benar2 sedang berjuang untuk faedah parti atau sebenarnya untuk faedah peribadi?

UMNO Tubuh Jawatankuasa Khas Pantau Ahli Sabotaj Parti.

E-mailPrint
alt

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara memutuskan persetujuan bagi menyerahkan tampuk kuasa kepada  sebuah jawatankuasa khas dalam melaksanakan pemantauan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli UMNO yang cuba mensabotaj calon atau parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut bakal memantau salah laku ahli parti yang terjerumus menyokong parti lawan, menghasut meninggalkan parti dan salah guna wang.

"Jika kita dapat kenal pasti sebarang tindakan yang berunsurkan sabotaj ini, individu itu boleh digantung atau dipecat keahliannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri turut menegaskan, perlantikan jawatankuasa tersebut bakal diletakkan di setiap UMNO Bahagian agar dapat menyalurkan sebarang laporan ke ibu pejabat dengan kadar segera.

"Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lembaga Jawatankuasa Disiplin yang diketuai Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog