Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

13 October 2012

Ketua Pemuda PAS Cuba Tibai Hasan Ali Pulak


Nampaknya Nasrudin Tantawi tak puas hati bila Hasan Ali mencadangkan supaya Nicky turun tahta dari memegang posisi pucuk pimpinan PAS kerana tiada ketegasan dan sudah lari dari polisi PAS menegakkan Islam kerana dianggap lembik terhadap DAP yang terang-terang membangkang prinsip PAS untuk menegakkan Hudud.
Dia cakap hasan Ali tak layak dan tak berhak memberi kenyataan seperti itu kerana bukan lagi ahli PAS. Kan kita ini negara bebas dan ada hak freedom of speech.  
SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat menegaskan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak berhak untuk meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am parti itu.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya
Hasan telah dipecat dari Pas awal Januari lalu.
“Siapa yang hendak jadi pemimpin, itu hak parti yang tentukan.
“Dia tak berhak membuat kenyataan tersebut sebab kepimpinan dalam parti adalah urusan parti,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan, memetik Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menerusi tulisannya di laman sosial milik beliau, mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya susulan kenyataan mempertahankan kerjasama Pas dan DAP.
Menurut Hasan, Nik Aziz wajar menyerahkan jawatannya  kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang lebih berupaya dan berwibawa.
Mengulas lanjut, Nasrudin sebagai generasi muda dalam parti Islam itu berkata, Pas masih memerlukan seorang pemimpin yang “berkhidmat dengan baik dan mampu memimpin parti” seperti Nik Aziz.
“Tok Guru Nik Aziz masih relevan untuk memegang amanah sebagai Mursyidul Am Pas,” tegas beliau.
Nasrudin turut mempertegaskan bahawa kenyataan Nik Aziz membela DAP yang didakwa Hasan “menghiris hati ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar” difahami oleh anggota parti itu.
“(Kenyataan Tok Guru) bukan satu masalah buat kami. Bukan satu kewajaran Datuk Hasan memperbesarkannya.
“Harus difahami kenyataan Tok Guru dengan betul yang mana ia mempertegaskan dasar parti tahaluf siyasi, kerjasama politik di antara Pas, DAP dan PKR,” katanya.
“Kerjasama politik ini telah terjalin sejak sekian lama. Tidak ada yang mengelirukan atau tidak betul,” tambah beliau.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad menjelaskan kewajaran Pas membela DAP, yang menurut beliau, berlandaskan hukum agama.
“DAP atau mana-mana pihak yang dituduh dan difitnah tanpa bukti perlu diberikan pembelaan kerana Islam itu adil.
“(Hasan) jangan ikut atas dasar perasaan dan emosi. Buktikan apa yang Tok Guru Nik Aziz katakan adalah silap. Buktikan kenapa DAP tidak layak dibela,” kata Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.
Hasan dalam tulisannya menyatakan kebimbangan beliau sekiranya terus dibela parasit dalam Pas manakala DAP akan bermaharajalela dan terus menghina Islam.
“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA (Nik Aziz),” kata Hasan.
Menjawab kepada kenyataan itu, Khalid berkata, jelas sekali Hasan kini mengamalkan politik “marah anak, sindir menantu”.
Sasaran Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, kata Khalid, bukan DAP sebaliknya Pas.
“Dia serang DAP, DAP tidak akan kalah. Yang mereka harap akan terjejas ialah Pas," katanya


4 comments:

  1. memang dah terang dan nyata PAS ni dah jadi bandut DAP.rakyat Malaysia semua dah tahu PAS dah jadi kuda tunggangan PKR.tak payahlah nak menegakan benang yg basah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS ni memang nampak terang dah lari tajuk... Yg boleh harap now antaranya haron din dan nasha, tapi kalau mereka ni pun tegas dgn prinsip, tak lama lagi akan kecundang jugak mcm hasan ali...
      gua tak la anti PAS pun tapi sedih tgk the present development

      Delete
  2. Rasa simpati kepada Dr Hasan Ali tetapi pandanganya ditolak oleh pemimpin PAS sendiri. Mereka sepatutnya sedar Nik Aziz memang sudah patut berundur atas sebab yang munasabah.

    ReplyDelete
  3. Tantawi dah UPDATE ke berita trkini yg Nik Ajis menyokong kust kerjasama DAP dan PAS....lagipun Nik Ajis xkisah brPMkn kafir Harbi....

    Iskh ish ish...Islam la sgt PAS ni ye..ikut sunnah sapa kalo sgp brtuankn kafir harbi...ooooo sunnah Khalifah LGEnd...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog