Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 October 2012

Airasia Gagal Dapatkan Batavia Air Indonesia

JAKARTA - Pengambilalihan PT Metro Batavia, pemilik syarikat penerbangan yang menghadapi masalah, Batavia Air, oleh syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Malaysia, AirAsia Bhd, dan rakan Indonesianya, Fersindo Nusaperkasa, telah dibatalkan.

Pengarah Komersil Batavia Sukirno Sukarna, yang mengesahkan pembatalan itu, berkata syarikat itu gagal mencapai satu persetujuan dengan AirAsia dan Fersindo.

Pada Isnin, akhbar berBahasa Inggeris "The Jakarta Post" memetik Sukirno sebagai berkata bahawa AirAsia dan Fersindo dijangka mendedahkan butiran perundingan yang gagal itu hari ini.

AirAsia dan Fersindo telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat penerbangan domestik itu pada akhir Julai untuk membeli PT Metro Batavia, yang termasuk sekolah penerbangannya, pada harga US$80 juta (RM256 juta).

Mengikut MoU itu, AirAsia akan memiliki 49 peratus Metro Batavia manakala Fersindo akan memegang baki 51 peratus bagi memenuhi peraturan pemilikan Indonesia.


Sementara itu, AirAsia berkata perbezaan kepelbagaian kedua-dua perniagaan itu telah merangsang dilakukan perubahan pada perjanjian awal.

"Usaha menyepadukan skala integrasi, yang termasuk pembahagian pesawat dan langkah menyelaraskan penyatuan budaya dijangka memakan masa, usaha dan usaha bersama yang panjang, yang boleh digunakan dengan lebih cekap seperti yang disasarkan, kata Airasia dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai keputusan itu, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata: "Kami sentiasa menyedari bahawa ia bukan satu transaksi yang mudah."

"Ia menjadi satu pengalaman dan kami menyelesaikannya dengan perasaan lebih yakin apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan pasaran di Indonesia."

"Kami akan terus fokus agresif di Indonesia dan akan berusaha untuk melakukan tawaran awam permulaan di Indonesia sambil menjalin kerjasama rapat dengan Batavia Air."

"Keputusan syarikat itu adalah berasaskan pada penilaian terperinci oleh banyak pihak terhadap Batavia Air."

"Di dalam fikiran kami, kini bukan masanya tiba lagi kerana ia akan memberikan terlalu banyak risiko dan akhirnya akan mencairkan pendapatan para pemegang saham kami."

Pengarah Urusan Batavia Air Alice Tansari berkata kesemua pihak telah berusaha dengan gigih untuk menzahirkan transaksi itu.

"Akhirnya, apa yang penting ialah bagi kedua-dua pihak terus menyediakan perkhidmatan dan pilihan terbaik bagi pengembara Indonesia dan perjanjian kerjasama kami akan membantu menyokong usaha itu," katanya.

Katanya cadangan usaha sama antara pihak-pihak berkenaan telah diiktiraf sebagai perjanjian kerjasama pelbagai hala dan pelbagai fasa, yang meliputi pengendalian darat, sistem pengagihan dan inventori.

Satu usaha sama latihan penerbangan yang mempunyai bilik kelas, kemudahan latihan simulasi dan sayap tetap akan diwujudkan dengan segera antara Batavia Air dan PT AirAsia Indonesia bagi menangani kekurangan juruterbang berpengalaman di Indonesia, katanya.

Katanya perjanjian kerjasama baharu dijangka menghasilkan banyak daripada manfaat yang diingini dari satu pengambilalihan dan AirAsia, Fersindo dan Metro Batavia Group secara sepenuhnya bersetuju untuk mencapai ikatan operasi yang dikenal pasti, yang akhirnya saling mengembangkan perniagaan AirAsia Indonesia dan Batavia Air.

Kedua-dua syarikat penerbangan akan terus beroperasi seperti biasa dan fokus, di dalam mempercepatkan pembesaran jumlah pesawat di Indonesia yang akan menjadi keutamaan bagi AirAsia, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dharmadi berkata syarikat penerbangan itu akan mempercepatkan pengembangan pesawatnya mulai 2013.

"Kami sedang mengkaji untuk mengembangkan kepada lebih tiga kali jumlah pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memenuhi kadar purata pertumbuhan penumpang tahunan 24 peratus dan 28 peratus masing-masing bagi pasaran antarabangsa dan domestik."

"Kami akan terus mengukuhkan rangkaian kami dengan menambah bilangan hab dan membangunkan perkhidmatan kami ke bahagian timur Indonesia.

"Di dalam usaha untuk kekal berada di hadapan, AirAsia Indonesia akan turut menaikkan taraf sistem jualan dan pengedarannya, menyediakan perkhidmatan yang berbeza sambil melaksanakan strategi penetapan harga yang dinamik," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog