Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

24 September 2012

Rabu : Budget Wayang Pakatan

Hahaa... tepat sekali nukilan dari blog dTenggara.. Pembangkang yang tak mampu langsung nak wujudkan senarai #kabinetbayangan tiba-tiba nak bentang bajet alternatif... siapa yang buat preparation untuk bajet alternatif ni... senang je...
Pencacai dalam kerajaan curi maklumat bajet sebenar kerajaan... dicuit sana sikit, dicuit sini sikit, lepas tu dibentang sebelum kerajaan bentang bajet rasmi... kalah maharaja lawak.... kalau #kabinetbayangan pun tak mampu nak senaraikan tiba2 boleh buat bajet alterbatif pulak... 

KITA NAK KABINET BAYANGAN, BUKAN BUDGET ALTERNATIF

Apa kejadahnya pihak Pakatan ni nak bentangkan budget alternatif pulak? Kemudian nak berlumba dengan kerajaan bentangkan budget. Siapa Menteri Kewangan mereka? Khabarnya mereka nak bentangkan kepada media pada Rabu ini, mendahului kerajaan memerintah yang akan bentangkan pada hari Jumaat. Ini kes nak berlumba  Ini mesti kes budget cetak rompak. Mereka dah dapat maklumat dari pengkhianat dalam kerajaan, kemudian mereka bentangkan dulu budget yang kononnya budget Pakatan, kemudian dakwa kerajaan tiru mereka. Poodahhhh!

Selaku rakyat, aku bukan nak sangat dengar budget Pakatan ni. Langsung tak berminat. Sebabnya budget orang yang tiada kuasa, tiada duit, memang mudah. Budget angan-angan!

Yang nak sangat aku tahu ialah kabinet bayangan Pakatan kalau mereka dapat memerintah. Kenapa takut sangat puak Pakatan ni nak umumkan kabinet bayangan mereka? Pilihanraya dah tak lama lagi, patutnya dah susun kabinet bayangan dan umumkan kepada rakyat. Kalau dah berkuasa, mana yang tersenarai jadi ahli kabinet dan tak menang, boleh disenatorkan. Apa masalahnya?

Kita nak tahu juga, sebelum mengundi Pakatan, siapa PMnya, siapa TPMnya, siapa Menteri Kewangannya, siapa Menteri Pertahanannya, siapa Menteri Pelajarannya, siapa Menteri yang menjaga wanita dan mungkin juga kalau-kalau ada menteri yang menjaga tong derma? Ada berani?????...atau mereka memang sedar bahawa mereka tidak akan membentuk kerajaan dan hanya ingin menjadi pengacau dalam kestabilan politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog