Ngeh Koo Ham
Paparan kenyataan Ngeh Koo Ham yang diambil dari Facebook.
IPOH –  Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman mikro Twitter berhubung tindakan umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims.
Demonstrasi akan diadakan esok.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.
“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan 'tweet' saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 September 2012