Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

18 September 2012

Kalau Macam Ni, Lingkuplah UMNO


Sebelum gua hidangkan artikel yang sangat kritikal tentang masa depan UMNO hasil nukilan blog APA, gua nak kasi mukadimah ringkas. 

Dah beberapa kali gua ada menulis bahawa rintangan UMNO untuk menang PRU13 sebenarnya adalah dari dalam UMNO sendiri, iaitu SABOTAJ.. Gua ni bukan UMNO pun dan UMNO pun ada cacatnya seperti manusia biasa, tapi secara peribadi gua lagi tak percaya dengan pembangkang dan tidak yakin mereka mempunyai 30+ barisan pemimpin yang boleh mentadbir negara. I dont mind giving chance but i will only give chance if they can convince they can lead the country. Sebenarnya dua2 pun 2x5 jugak, cuma UMNO/BN ada solid experience dalam mentadbir negara. Pembangkang ni musuh didepan mata, susah ke senang ke, boleh nampak depan mata bila nak lawan.... tapi yg MERISAUKAN adalah musuh didalam yang tak nampak.. iaitu members of UMNO sendiri yg main sabotaj... PRU13 adalah perang terbesar politik untuk masa depan negara dan rakyat Malaysia... Inilah masanya kesatuan dan kesepaduan UMNO diperlukan pada tahap maksima... gua faham yang nak sabotaj tu manusia jugak dan akan kalah dengan hasutan syaitan untuk terus ego, tak nak mengalah dan sebagainya. Gua pun yakin mereka ini pun pernah berusaha dan berjasa pada UMNO. Cuma mungkin tuhan yang takdirkan keadaan tidak mengizinkan anda terpilih sebagai wakil atau calon akan datang. Yakinlah bahawa sesiapa  yang akan dipilih sebagai calon hanya akan terjadi dengan izin Allah... dan menang atau kalah calon tersebut juga adalah atas keizinan Allah. Rasanya bukakanlah hati dan yakinlah dengan takdir dan susunan yang tuhan tentukan. Kalau Anda rasa anda layak tapi kalau tuhan takdirkan anda tidak menang, tak kemana pun... apa hasilnya.. adakah anda hanya akan happy sekadar kerana dapat halang calon lain ambil tempat anda... cukupkah sekadar anda berpuas hati untuk tujuan itu... Buka2 lah pintu hati dan berusahalah dan berdoa agar anda dipilih sebagai calon dan sekiranya anda tidak dipilih janganlah dengar pula bisikan syaitan untuk mensabotaj.. Kalau tujuan kita bersatu untuk kebaikan, masa tu lah syaitan nak pecahkan..   so teruskanlah baca artikel Brader APA yang wajib diberi perhatian ini...

Panas !!! Betul ke Ketua Ketua Bahagian hantar memo pada @NajibRazak ?


Menurut satu sumber (boleh ke atau tak boleh dipercayai tak penting) dikatakan 30 Ketua Ketua Bahagian Umno (majoritinya dari Selangor) telah bermuktamar secara SULIT dan membuat ketetapan menolak nama 'bakal bakal calun yang bukan dari Bahagian Umno' dan MEMORANDUM dikatakan telah pun diserahkan kepada Perdana Menteri.

Dikatakan hampir 2,000 nama telah disenarai pendek untuk pemilihan terakhir mengisi576 kerusi Dun dan 222 kerusi Parlimen PRU13(belum ditolak kerusi yang diperuntukan untuk parti komponen) akan datang.Senarai 2000 nama ini datangnya dari semua Bahagian Umno dan 17 agensi agensi yang dipertanggung jawapkan membuat penilaian terhadap bakal bakal calun.Sama ada senarai 2K ini termasuk"CALUN WINNABLE" pilihan hati Perdana Menteri aku pun tak pasti,tapi andaian aku semestinya senarai 2K ini telah merangkumi calun spesis 'winnable' ini.

Walaupun dikhabarkan hanya 30 dari 191 Ketua Bahagian(mungkin yang lain pakai proxy kot) sahaja yang menghadhiri 'muktamar sulit' ini dan menyampaikan memo kepada Perdana Menteri tetapi memandangkan majoritinya adalah dari negeriSelangor dimana Perdana Menteri adalah Ketua Perhubungan nya bolehlah kita andaikan ianya adalah juga suara Ketua Ketua Bahagian Umno yang lain juga yang tak berapa nak ada 'kerandut' untuk kehadapan walaupun mungkin mereka mempunyai fikiran dan agenda yang sama.

Aku difahamkan antara 'intipati paling penting' dalam memorandum yang disampaikan kepada Perdana Menteri ialah..."MEREKA MENOLAK BAKAL BAKAL CALUN YANG BUKAN DATANG DARI UMNO BAHAGIAN" atau lebih tepat mereka tidak merestui calun calun dari NGOs atau apa saja yang bukan dari Umno Bahagian....atau lebih mudah mereka menolak calun calun yang dirasakan Perdana Menteri sebagai "WINNABLE".Amik kau !!!!

Jadi apa implikasinya jika "kehendak" mereka tidak dituruti Perdana Menteri?

Nanti aku tanya cucu aku yang berumur 4 tahun itu untuk mendapat jawapan nya....keh keh keh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog