Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

17 September 2012

Ego nya Airasia


Artikel luahan rasa oleh seseoarang yang sangatlah bertepatan tentang keegoan airasia.... kacang lupakan kulit... dari Malaysia dia diberi peluang dan bila dah berjaya pilih negara lain sebagai Hq.. 
Malindo Airways Selamat Datang..

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin saya bersyukur dan berbangga kepada PM kita kerana melancarkan penerbangan tambang murah yang kedua di Malaysia Malindo Air.
Sudah tiba masa nya kerajaan membuka mata apa yang telah di lakukan olih Air Asia. Sebenar nya saya tidak anti Air Asia tetapi agak kecewa dengan sikap bongkak dan lupa diri pihak atasan Air Asia yang lupa diri bahawa Air Asia tidak akan berjaya ketahap sekarang sekiranya tidak mendapat sokongan dan bantuan dari pihak kerajaan Malaysia.
Seluruh Malaysia tahu Air Asia terlalu bongkak dan sombong sehingga tidak menghormati badan kerajaan seperti Malaysia Airports, Jabatan Penerbangan Awan, dan lain lain lagi.
Secara terang terang nya mereka bergaduh dengan Malaysia Airports hanya kerana tidak mahu menuruti kehendak mereka. Apa yang ada pada mereka ? Kerajaan bersusah payah membina KLIA2 dengan belanjawan yang tinggi khas buat operasi Air Asia dan apabila sudah hampir siap dengar ura ura yang mereka tidak mahu menggunakan KLIA2. Di mana kah sikap kenegaraan dan kebanggaan sebagai syarikat kelahiran tempatan ?

Degan bongkak nya mereka berpindah ke Indonesia dengan mcm mcm alasan yang tak bolih di terima pakai olih rakyat. Apa salah nya meneruskan Regional Office di Malaysia ?? Apa kah kelebihan yang ada di Indonesia yang tidak ada di Malaysia ??? Air Asia patut berbangga dengan apa yg mereka kecapi sekarang dengan mendapat sokongan dari pihak kerajaan. Setinggi mana kita berjaya ingat lah orang yang membantu kejayaan kita. Jangan lah jadi sepert melepaskan buaya tersepit. Ini lah sifat sifat yang ada pada Air Asia.
Yang hanya mereka tahu mahu bargaduh dengan badan kerajaan tertentu hanya kerana tidak memenuhi kepentingan mereka. Benar benar Air Asia seperti kacang lupakan kulit !!!
Saya amat berharap Malaysia Airport menutup saja LCCT sekarang bila KLIA2 sudah beroperasi tahun hadapan. Tunjuk pada Air Asia siapa yang lebih berkuasa. Sudah tiba masa nya Air Asia diberi pengajaran yang sewajar nya.
Terus terang saya kata kan saya amat membenci Air Asia dan amat jarang sekali saya menggunakan penerbangan Air Asia. Waluapun jika tiket MAS lebih mahal dari Air Asia akan tetap saya gunakan MAS atau Firefly.
Tahniah dengan pelancaran Malindo Air. TF dengan bangga nya menidak kan bahwa penubuhan Malindo Air tidak akan menggugat Air Asia. Ada kah kita rakyat malaysia akan terus di perbodoh kan oilh dia. Cuba lihat share air asia semalam di dalam berita bahwa share air sia terus menjunam 17 sen selepas saja penubuhan Malindo Air. Ini yang di kata kan olih TF bahwa Malindo Air tidak akan menggugat Air Asia ????? Tidak benar sekali and YOU ARE WRONG this time.
Ini belom lagi dengan bermula nya operasi Malindo Air pada 1 Mei 2013 nanti. Sudah pasti akan menggugat operasi Air Asia sebab penumpang mempunyai pilihan selain Air Asia yg bongkak dan sombong.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin mari lah kita berdoa akan kejayaan Malindo Air dan juga MAS supaya dapat memberi saigan yang sengit pada Air Asia. Teach them a lesson this time !!! Let them respect the government and the people.
Taniah PM dan kerajaan Malaysia kerana akhir nya menubuh kan Malindo Air. Semoga berjaya Malindo Air.

6 comments:

  1. Jawapannya cukup mudah "Pulaukan saja Air Asia". Alternatifnya dah ada sekarang. MALINDO AIR. Marilah kita menyokongnya.

    ReplyDelete
  2. walaupun pengguna kini mempunyai pilihan iaitu MALINDO..tetapi sebagi rakyat Malaysia, saya mahu MAS mengkaji semula keputusan FireFly yg menghentikan penggunaan pesawat berenjin jet yg dibuat sebaik sahaja "share swap" dengan AirAsia dilakukan.
    bagi saya keputusan menghad Firefly dengan peggunaan pesawat berenjin propelar adalah strategi penyangak AA yg berada dlm BOD Mas pada masa berkenaan untuk mensabotaj Firefly... Penggunaan pesawat berenjin jet oleh Firefly telah dengan nyata mengugat keupayaan AA dan cara yang paling baik adalah "killing them for good from inside"...hasilnya AA kini bebas menguasai ruanga udara negara terutama di Sabah dan sarawak tanpa sebarang persaingan..saya sebagai rakyat dan pengguna yakin jika Firefly meneruskan operasinya kepada penggunaan jet enjin semula..ia mampu memberi saingan keapada AA. Ia berdasarkan kepada rekod perkhidmatan yg cemerlang dan tahap keselamatan yg ketat berbanding rakan niaga Malindo iaitu Lion Air yg sememangnya terkenal dengan rekod mengurukan pesawat terbang seperti syarikat bas ekspress dikalangan masyarakat Indonesia...FIREFLY MUST BE ALLOWED TO FLY THE JET ENJINE...itu yg sepetutnya kita sebagai pengguna dan rakyat Malaysia tegaskan kepada kerajaan

    ReplyDelete
  3. entah la dik..akak selalu guna airasia je coz tambang obviously murah compare to MAS. Tapi akak seronok la gak ada satu lagi syarikat tambang penerbangan murah coz lebih banyak choice yg ada. akak ni bukan org senang cam penulis..nak pegi bercuti kena kumpul duit gaji bulan2. so akak hanya looking for the cheaper price & airasia give me that. kalo tambang MAS lagi mahal dari airasia haruz la akak tolak MAS. Nak wat camne dik..akak bukannya org senang. kalo akak xde duit tengah2 bulan ni, bukannya ada sesape nak tlg. baik akak jaga poket diri sendiri drpd nak tolak tambang murah hanya kerana anti airasia.To be honest akak mmg tak kisah naik mana2 pun, MAS ke, airasia ke, garuda ke, singapore ke, memang akak x pedulik. yang penting murah. poket akak pun selalu kering. x yah la akak sibuk nak jaga poket MAS bagi untung hanya kerana semata-mata anti airasia. kalo akak x cukup makan, baik MAS or airasia memang xkan dtg buat program "bersamamu" kat umah akak.

    ReplyDelete
  4. Saudara patut baca paper. Pejabat air asia di Indonesia dinamakan "AirAsia ASEAN". Pejabat secretary general ASEAN pun berpangkalan di sana. Make sense?

    Saudara perlu faham perbezaan organisasi AirAsia dan AirAsia ASEAN.

    Pasal berperang dengan Malaysia airports. Aireen Omar CEO baru AirAsia telahpun menjelaskan yang merdeka Alan pindah setelah klia2 siap.

    Kita harus buat kajiselidik yang mendalam sebelum membuat andaian.

    ReplyDelete
  5. Kita patut sokong Malindo Airway, kerana 51% dipegang olih rakyat bumiputera malaysia yang mempunyai kemudahan MRO, Jadi keselamatan Malindo lebih tinggi, kita pun tahu Airod pun sudah establlish, samapikan banyak syarikat mengunakkan MRO Airod, Hidup ini jangan lupa asal usul, hari ini kita diatas , esok mungkin dibawah, hari ini kita hebat & popular, mungkin besok kita tak hebat lagi mungkin tak berdaya..... Lihat saja lah

    ReplyDelete
  6. Macam komen Akak 16:54 adalah terbaik.. gunalah mana airline yg beri harga terbaik dan layanan terbaik. Sekarang dengan munculnya Malindo, kita mempunyai lebih pilihan dan airline terpaksa memberi yg terbaik utk mendapat pelanggan.
    Mungkin sebelum ni Airasia monopoli penerbangan tambang murah waupun byk rungutan lepanggan tetapi kerana harga mereka tiada pilihan... kini ianya adalah scenario yg berbeza... Malindo bakal beri saingan harga pada Airasia dan Malindo juga akan menyediakan makanan dalam pesawat tidak seperti Airasia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog