Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

18 September 2012

16 Sept : Lagi Bayi Di Buang

BUANG BAYI DARI PANGSAPURI – WANITA DITAHAN
Blok 1, Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor
16 Sept 2012, 11 pagi
Lebih kejam dari binatang, klik di bawah untuk gambar2 seterusnya

Tidak diketahui apa yang menyebabkan bayi ini dicampakkan dipercayai sebaik sahaja dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi ini, penduduk kawasan ini terkejut apabila tiba-tiba 1 objek jatuh di kawasan tempat letak kereta.
Dan apabila diamati, ianya adalah mayat bayi malang ini yang masih bertali pusat.
Kepalanya juga cedera parah akibat terhempas di atas jalan.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada bayi perempuan ini masih hidup ketika dicampakkan atau sebaliknya dari tingkat 3 pangsapuri ini.
Dan, hasil siasatan , akhirnya polis menahan seorang wanita yang dalam keadaan lemah di tingkat 3 pangsapuri, dipercayai baru melahirkan seorang abyi.
Wanita tempatan pekerja kilang berusia kira-kira 20 han terbabit  dan belum berkahwin, ditahan kira-kira 3 jam kemudian bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian manakala mayat bayi dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog