Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 August 2012

Wow.. Melayu DAP Mengamok Dgn Kerajaan UMNO & BN

Di bawah ni adalah artikel penuh dari Dato Ariff Sakmongkol, Melayu yang masuk DAP tu.. gua bukan kesian apa.. nampak brader ni satu macam ada dendam, hatinya tak tenteram.. artikel dan luahannya cuba untuk menyesatkan masyarakat... aikkk macam terkait pulak dengan tajuk dia sendiri seperti di bawah... kebetulan pulak...
Lagi satu.. mamat ni bukan transparent atau telus sangat pun.. gua punya komen sekali pun tak pernah dia nak publish... tak apalah.. cuma gua rasa sakmongkol ni taklah gentleman pun.. 2x5 jugak...
Nak baca apa yg gua komen kat blog sakmongkol.. bolehlah baca nanti.. gua nak tengok dulu, dia publish ke tak...... 

Tugas Iblis ialah Menyesatkan.


Saban hari kita melihat UMNO semakin gelabah untuk diadili oleh rakyat. Pilihanraya ditangguh sehingga Najib rasa yakin. Dia akan rasa yakin apabila lapuran dari perisik kata, dia ada peluang menang. Dia akan yakin apabila semua cara penipuan sudah dikemaskan. Dia rasa dia yakin apabila rasa ada perpecahan dikalangan parti pembangkang. Pembangkang, Dato Sri presiden tidak berpecah- mereka disatukan oleh matlamat membuang UMNO/BN.
Ribuan orang datang ke rumah terbuka nya di Pekan pun dia tidak yakin lagi. Sebab dia tahu, perangai orang pekan. Sebuah keluarga akan ambik 5 bungkusan Tupperware. Kalau 70,000 bungkusan telah habis, bermakna, seramai 14,000 orang kampung2 sudah mengambil bungkusan tersebut. Mungkin yang sudah balik ke rumah akan datang untuk round ke2. Orang Pekan akan berkata kepada petugas2 UMNO- bukan bapak awak punya. Duit kerajaan. Kawan anak ramai.
Orang luar dari pekan yang datang pun ramai. Termasuklah yang didatangkan dengan bas2 dari seluruh pelusuk negara. Tapi tidak mengapa. Ini hari raya. Makan dan minumlah hasil dari duit kerajaan. Bukan bapak dia punya. Pilihanraya nanti, kita nyahkan kumpulan penyamun dan pezalim ini. jangan percaya dengan angka yang dinyatakan oleh akhbar2 perdana. Semua mereka menipu.
Semua rakyat sedar UMNO menggunakan 3R nya. Bukan `reading, `riting and `rithmetic. Kalau yang 3R itu meningkatkan pendidikan seseorang. 3R UMNO- race, religion and royalty’ atau  perkauman, agama dan raja Melayu digunakan untuk mengadu domba rakyat, menanam rasa benci, bermusuhan dan syak wasangka. Apabila rakyat termakan dengan dakyah UMNO/BN , meraka akan menyokong UMNO.
Tapi dengan menyokong UMNO, apa yang kita lakukan? Menyokong UMNO bererti kita menyokong rasuah, salah guna kuasa, sombong dan bongkak. Menyokong UMNO terutama kepada orang Melayu bererti merelakan diri untuk dibodohkan. Menyokong UMNO ertinya menyokong iblis dan setan dan menyokong orang2 yang mengejek dan mempermainkan agama. Apabila semua ini tidak menjadi, UMNO menggunakan lagi satu R iaitu rusuhan kaum. UMNO kata jika pembangkang menang, maka rusuhan kaum seperti 13 Mei akan berlaku. Rusuhan berlaku hanya jika penyokong UMNO yang buat kacau dan langgar undang2. Kita tangkap mereka dan hantar ke Sungai Buloh.
Auta UMNO semua orang sudah tahu. Ustaz dan ulamak dikudakan untuk mengekang fikiran orang Melayu yang beragama Islam. Maka timbullah pandangan seorang ustaz yang mengatakan menykong DAP adalah haram kerana parti itu kafir harbi. Kafir harbi makna nya, darah mereka halal. Mengapa polis tak tangkap ustaz ini kerana melakukan ancaman bunuh?
Ini semua temberang UMNO. Kalau DAP haram, apa pula kedudukan MCA, MIC dan Gerakan dan parti2 bukan Melayu yang lain yang bersubahat dengan UMNO parti Iblis? Mana dia perlembagaan negara Islam UMNO? Mana perlaksanaan hudud UMNO? Ada perlembagaan baharulah pembagian kelompok kepada harbi dan zimmi boleh dilakukan. Adakah negara ini berada dalam suasana berperang dimana sebuah golongan Islam sedang berjuang untuk menubuhkan negara Islam? Perlembagaan negara kita dan perlembagaan UMNO pun bersifat secular.
Sebetulnya yang haram bagi orang Melayu ialah menyokong UMNO. Sebab dia parti iblis. Dan kerabat BN ialah syaitan2. Pemimpin UMNO mempermainkan agama Islam. Laksana hudud menghuru harakan negara( najib). Laksana hudud, ramai takde tangan( Mahathir). Malaysia negara Islam teriak Mahathir.
mana dia perlembagaan nya, mamu?

1 comment:

  1. cakap emosi bolehlah..tak berdasarkan fakta...dendam kesumat peribadi...boleh ke sakmongkol ni buat sepertimana kerajaan sekarang buat..DAP dah banyak buang pekerja melayu di Penang..tak caya tanya Hadi Awang..ni pun baik juga ke..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog