Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

14 August 2012

Kejam : Penduduk Melayu Kg Baru Terbiar

Bayangkan sekiranya kejadian tanah mendap seperti gambar dibawah berlaku didalam rumah tersebut. Kejadian ini berlaku akibat dari kerosakan palong bawah tanah JPS yang telah usang dan tidak di selenggara.

Nyawa penduduk terbabit di pertaruhkan. Sampai bila harus hidup begini tanpa SATU sen pun pampasan dari kerajaan dan tiada jaminan keselamatan. Mereka ini bukan penduduk setinggan, kenapa hak mereka tidak terpelihara dan diabaikan. 

Hari ini DBKL mengeluarkan notis keluar rumah untuk kerja pembaikan.. tapi siapakan yang akan menjamin hartabenda mereka yang telah meninggalkan rumah adalah terjaga dan terpelihara dan bagaimana pula sekiranya berlaku kerosakan hartabenda akibat kerja-kerja pembaikan. Kenapa kebajikan penduduk Melayu Kg Baru di abaikan sampai begitu sekali????

Kerajaan dan JPS lupa mereka guna tanah penduduk Kg Pindah di Kg Baru selama lebih 40 tahun dengan percuma tanpa sebarang pampasan untuk tujuan laluan palong bawah tanah yang menyalurkan air dari Sg Bunus melalui laluan pintas terus ke Sg Kelang. Adakah ini adil??

Palong tersebut telah dibina sekitar tahun 1968 dan diperbaharui pada tahun 1978 dan 1989. Tiada sebarang dokumen bertulis antara tuan punya tanah dan pihak kerajaan.

Hanya pada tahun 2011 apabila ada bencana tanah mendap/jerlus dan jalan pecah akibat hujan lebat di Kg Pindah barulah pihak kerajaan hendak mengambil perhatian. Nasib masih baik kerana tiada kemalangan nyawa.

Sekarang orang Kg Baru mempunyai kehidupan yang selesa. Rumah atas tanah(bukan condo atau apartment) berdekatan dengan bandar, semua kemudahan ada berdekatan. Berapakah NILAI kehidupan ini? Nilai harga tanah Kg Baru bukan hanya pada nilai komersil tetapi terdapat juga nilai 'kehidupan' yang tidak boleh dilepas pandang. Tetapi selepas kejadian tanah mendap akibat palong yang pecah, semua kehidupan yang selesa ini telah punah bagi yang terlibat. Tahun ini masuklah tahun kedua berhari raya dalam selepas kejadian pada April 2011. 

Penduduk terlibat kehilangan sumber pendapatan dari sewaan rumah, sewaan bilik, perniagaan taska, menjahit dan sebagainya... Tidak kurang juga yang terpaksa menanggung kenaikan kos hidup harian selepas pemindahan sementara ke Setapak. Siapa nak tanggung semua kerugian dan kos sara hidup ini... 

Notis DBKL hari ini menyatakan akan menyaman RM250 setiap hari, sekiranya tidak mengosongkan premis dalam masa 7 hari.. DBKL tau tak ada sambutan hari Raya dalam beberapa hari aje lagi.... 


  • Palong JPS lalui bawah rumah penduduk lebih dari 40 tahun
  • Tiada sebarang pampasan
  • Tiada sebarang tarikh sampai bila akan begini
  • Kini palong rosak dan berlaku tanah mendap 
  • Penduduk merana dah masuk Raya kedua
  • Penduduk kerugian dan hilang pendapatan 
  • Penduduk disuruh pindah
  • Tiada jaminan jika kerosakan atau kehilangan harta benda
  • Penduduk yang tak pindah akan disaman

ADILKAH KERAJAAN KEPADA MELAYU KG BARU????

10 comments:

  1. selain berharap kerajaan bantu, diharap penduduk kg.baru berdoa...andai kata kerajaan tak bantu? salahkan kerajaan? doa pun tak dimakbul?

    ReplyDelete
  2. Adakah kerajaan boleh lepas tangan setelah lebih 40 tahun guna tanah penduduk tanpa sebarang pampasan... kalau kerajaan lepas tangan.. tak payah la sebut RAKYAT DIDAHULUKAN !!

    ReplyDelete
  3. mungkin pemimpin setempat terlepas pandang atau tiada kepintangan dan keuntungan utk perjuangkan

    ReplyDelete
  4. heran kalau dah 40 tahun masalah kenapa tuan tanah kedaung tak baut laporan, kenapa harus nak tunggu bencana baru salah kan orang lain? macam apa cakap palong diperbaharui pada 1978 dan 1989 jadi semenjak dari itu tuan tanah kedaung buat apa?

    memang betul lah bila dah bencana tu menyusahkan semua orang tapi, sebagai tuan tanah yang MEMANG telah tahu masalah itu apa tindakan yang dia ambil bagi penyewa2 dia? buat tahu je ke? lepas salah orang lain

    ReplyDelete
  5. memang lah , skrang tak kena rumah lu ok la, klu dah kena baru lu tahu,org melayu mcm tu lah,bukan nak bantu, lgi nak kondem org adalah, lu kerja kat mana,bencana ini tak da kepentingan dan keutungan, lu cakap mcm ni la....mudah2an perkara bencana dan musibah ini tak berlaku kat lu la..klu jadi, lgi teruk lu buat, silap2 jadi demostrasi jalanan kot....

    ReplyDelete
  6. Kalau dari apa yang tertulis dalam entry di atas ni, malaun yang aku nampak ialah DBKL. Memang tak berhati perut. Aku setuju dengan pendapat zopinion, tetapi bukan setakat pampasan, perjanjian juga perlu ada antara kedua pihak. Baru ada sifat saling faham-memahami, hormat menghormati, tahu hak dan tanggungjawab masing2. DBKL tak boleh nak tunjuk kuasa, nak keluarkan notis, amaran, kompaun dsb., apa lagi di musim perayaan ini.

    ReplyDelete
  7. mungkin prinsip dia org ialah......hanya dia org boleh saman, rakyat kena duduk diam walaupun salah dia org........sebagai contoh....longkang tersumbat penuh ngan pasir.......wal hal penduduk boleh saman dia org atas kecuaian dan menyebabkan banjir dan nyamuk.......tapi bila rumah atau tuan tanah tak jaga halaman rumah.....terus aje kena saman......pelik kan.......byk tugas2 yg patut dia org laksana kan dgn lebih telus.....jgn pandang sebelah mata je.....kadang2 perkara yg mudah tu lah akan lebih memudaratkan utk jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  8. DBKL ni bawah BN ke PR? Dengar cerita TPM muhyidin dah lawat tapak dan dah bagi peruntukan. Apsal agensi terbabit masih kemut dengan birokrasi? Staf DBKL dan JPS makan gaji buta ker? Woi! kalau dah mals kerje apply permit bukak gerai la

    ReplyDelete
  9. DBKL makan rasuah ke? Penduduk yg susah pulak disaman? Gila ke apa? kalau kene kat aku, memang aku pegi cari Datuk Bandar kat rumah dia. Kalau dah pencen, sampai mati aku dendam bai

    ReplyDelete
  10. Cerita kakitangan jabatan atau agensi kerajaan tak berhati perut ni memang memalukan, lebih2 lagi yang duduk bawah pemerintahan BN. Macam tak tau buat kerja, macam takde slogan Rakyat Didahulukan.

    Orang-orang macam ni patut diberi surat tunjuk sebab, dan kalau asyik berulang lagi kerja2 bodoh ni, buang saja. Berlambak lagi orang yang nak ganti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog