Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 August 2012

HUDUD Atau Tidak HUDUD...



Hudud: Negara Islam manakah yang mahu dicontohi?

Negara-negara Islam yang mana penduduknya melebihi 95 peratus Muslim ditunjukkan carta di bawah:

Hudud di Somalia

Somalia – yang menduduki tangga kedua jadual negara-negara paling Muslim – ialah sebaliknya sebuah ‘failed state’ yang terletak di tangga tercorot indeks negara-negara gagal berfungsi.
Ia dalam keadaan kucar-kacir dengan perang saudaranya sudah berlanjutan selama dua dekad serta ia bermasalah lanun dan penculikan.
Negara tersebut mengalami tahap buta huruf yang amat tinggi (62%). Seramai 1.3 juta orang Somalia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan jangka hayat penduduknya hanya 50 tahun.
Somalia telah menegakkan syariah sebagai sistem perundangan rasminya mulai Mac 2009.
Apapun Somalia berjaya melaksanakan hudud. Perkara inilah yang paling penting bagi kita, bukan?

Sumber: The failed states Index 2011 @ www.foreignpolicy.com

Selain Somalia, negara-negara lain bertaraf ‘Islamic state’ ialah Pakistan, Iran, Afghanistan, Yemen, Mauritania dan Arab Saudi.
10 negara ‘top’ Failed State di dunia ialah:
  1. Somalia
  2. Chad
  3. Sudan
  4. Congo
  5. Haiti
  6. Zimbabwe
  7. Afghanistan
  8. Central African Republic
  9. Iraq
  10. Ivory Coast
Daripada 10 negara ‘failed state’ dunia yang tersenarai, dua daripada mereka ialah Islamic state, yakni Somalia dan Afghanistan manakala tiga lagi Iraq, Chad dan Sudan adalah negara Organization of Islamic Cooperation (OIC).
Sudan telah dibelah dua pada 9 Julai 2011. Negara breakaway republiknya yang mengambil nama baru Sudan Selatan berpenduduk majoriti Kristian. Meskipun perang saudara ditamatkan dengan perpecahan Sudan, orang Islam dan orang Kristian Sudan masih lagi bertempur.

Tidak maju sumber manusia

Mengikut Human Development Index (HDI) yang disediakan oleh UNDP / United Nations Development Programme, lima negara paling makmur di dunia ialah Norway, Australia, Belanda, Amerika Syarikat dan New Zealand (semua tak ada hudud).
Laporan HDI tahun 2011 memantau sebanyak 187 buah negara. Menduduki 10 tangga paling bawah ialah:
  • Guinea (178)
  • Central African Republic (179)
  • Sierra Leone (180)
  • Burkina Faso (181)
  • Liberia (182)
  • Chad (183)
  • Mozambique (184)
  • Burundi (185)
  • Niger (186)
  • Congo (187)
Daripada senarai 10 di atas, sebanyak 4 adalah negara OIC – Niger (98.3% Muslim), Sierra Leone (71.5% ), Burkina Faso (58.9%) dan Chad (55.7%) manakala yang selebihnya ialah negara-negara Afrika bukan majoriti Islam.
Somalia dan Korea Utara tidak termasuk 187 buah negara yang dipantau oleh UNDP untuk kajian HDI tersebut.

Protes di Manama, Bahrain pada Mac 2011

Negara-negara Arab Spring

OIC ialah gagasan antarabangsa yang paling besar dunia selepas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Syarat untuk menyertai OIC ialah sesebuah negara itu harus mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.
Pusat pentadbiran OIC bertempat di Jeddah, Arab Saudi.
Pengerusi pertama OIC ialah Tunku Abdul Rahman (1971-73). Pengerusi-pengerusi lain yang seterusnya berasal dari Senegal, Tunisia, Pakistan, Niger dan Morocco. Pengerusi OIC pada masa ini ialah seorang Turki.
Senarai penuh 57 ahli-ahli OIC boleh diteliti di laman sesawang rasmi pertubuhan tersebut — sini.
Negara-negara OIC yang meletakkan Islam sebagai agama negara ialah Bangladesh, Mesir, Algeria, Morocco, Tunisia, Tajikistan, Libya, Jordan, UAE, Kuwait, Oman, Bahrain, Comoros, Qatar, Brunei, Maldives dan Malaysia.
Oman (2,595,000 orang), Comoros (682,000) dan Maldives (306,000) adalah negara-negara dengan jumlah penduduk yang kecil.
India, walaupun ia mempunyai 177 juta penduduk (14.6%) beragama Islam, tidak diterima untuk menjadi ahli OIC kerana bantahan oleh musuhnya Pakistan.
Beberapa negara kecil – contohnya Gabon, Guyana dan Suriname – menjadi ahli OIC walaupun kaum Muslim bukan penduduk majoriti di negara-negara tersebut.
Misalannya, Suriname hanya mempunyai 84,000 orang penduduk Muslim daripada keseluruhan jumlah penduduk seramai 458,000 orang. Suriname yang terletak di benua Amerika Selatan ialah sebuah bekas tanah jajahan Belanda yang mempunyai sekerat penduduk berketurunan Jawa.
Hampir semua negara-negara Islam(Muslim country) tidak mempunyai pola penduduk bercorak masyarakat majmuk atau kaum-kaum penganut agama lain.
Di kebanyakan negara-negara Islam, hanya Islam sahaja yang diamalkan.
Negara-negara Islam mono religious ini mengalami pergolakan dalaman yang dikenali sebagai ‘Arab Spring’ bermula tahun lepas.
Pada 14 Jan 2011, kerajaan Tunisia (99.8% Muslim) yang diketuai presiden Zein al-Abidine Ben Ali telah digulingkan.
Pada 11 Feb 2011, Hosni Mubarak presiden Mesir (94.7% Muslim) disingkir.
Pada 15 Mac 2011, Bahrain (81.2% Muslim) mengumumkan darurat dan pemerintahan tentera (martial law)setelah berlaku pemberontakan di ibukotanya Manama. Arab Saudi telah menghantar bantuan tentera ke Bahrain.
Dalam bulan Julai 2011, sebuah referendum diadakan di Maghribi (99.9% Muslim) setelah negara tersebut dilanda protes jalanan secara besar-besaran. Perlembagaan baru diperkenalkan untuk mewujudkan proses pilihan raya kerana sebelum tercetusnya revolusi rakyat, si raja yang berkuasa secara mutlak.
Pada 20 Okt 2011, presiden Libya (96.6% Muslim) Kol. Muammar Gaddafi dibunuh.
Pada 27 Feb 2012, Ali Abdullah Saleh presiden Yemen (99.0% Muslim) meletak jawatan. Beberapa bulan awal, beliau cedera selepas cubaan membunuh(assassination attempt) ke atas dirinya.
Perang saudara sedang berlaku di Syria (92.8 % Muslim). Ramai yang mati dan kira-kira 200,000 orang Syria menjadi pelarian.
Islamic states Afghanistan (99.8% Muslim), Iran (99.6%) dan Pakistan (96.4%) juga tidak tenteram.
Banyak negara-negara Islam tidak tenteram.
Rusuhan dan persengkataan antara agama juga berlaku di negara jiran kita Indonesia. Tapi nasib baik Malaysia aman damai.
Paling mirip ialah Lebanon
Jika kita melihat kepada jadual demografi (atas) negara-negara OIC, Lebanon adalah negara yang mempunyai komposisi penduduk paling mirip Malaysia.
Penduduk Malaysia ialah 61.4 peratus Muslim sementara di Lebanon ianya 59.7 peratus.
Urutan peristiwa perang saudara Lebanon – yang dicampurtangani Syria, Amerika Syarikat dan Israel – dicatatkan secara ringkas di bawah.
1 Julai 1978: Syria serang orang Kristian Lebanon
14 Sept 1982: Pemimpin Kristian Phalangist dan bakal presiden (president elect)Bashir Gemayel dibunuh (assassinated); 23 Sept: Adiknya Amin Gemayel dilantik sebagai presiden Lebanon
6 Feb 1984: Militia Muslim Syiah mengambil alih kuasa di Beirut Barat
1 Jun 1987: Perdana Menteri Rashid Karami (seorang Sunni) mati terbunuh apabila helikopter yang dinaikinya diletup bom
22 Sept 1989: Kristian hilang majoriti di Parlimen. Mengikut formula perkongsian kuasa, presiden Lebanon seharusnya seorang Kristian Maronite, perdana menteri seorang Sunni dan speaker dewan seorang Syiah
22 Nov 1989: President-elect René Muawad dibunuh (assassinated)
13 Okt 1990: Berakhirnya perang saudara Lebanon. Di antara 150,000 and 200,000 orang dipercayai mati terkorban angkara perang itu.
Februari 2005: Mantan perdana menteri Rafik Hariri mati terbunuh apabila keretanya diletupkan bom di Beirut
November 2006: Pierre Gemayel, seorang menteri Kristian, mati ditembak
Jun 2007: Ahli Parlimen Walid Eido terbunuh dalam satu serangan bom di Beirut
September 2007: Ahli Parlimen Antoine Ghanim terbunuh apabila keretanya diletupkan bom
Disember 2007: Jeneral Francois al-Hajj, yang dijangka bakal dilantik sebagai ketua tentera, terbunuh apabila keretanya diletupkan bom

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog