Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

21 August 2012

DBKL Nak Saman RM250 Setiap Hari Jika Gagal Keluar Rumah Di Raya ke-3




ARKIB : 17/08/2012

Penduduk Kampung Pindah tuntut keadilan


ABDUL Ghani Mohd. Noor menunjukkan keadaan tanah mendap yang terjadi di kawasan rumah penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Nasib 11 keluarga di Kampung Pindah, Kampung Baru di sini kini tidak menentu apabila mereka diberi notis keluar rumah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran masalah tanah mendap yang berlaku di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Terowong Sungai Bunus, Kampung Pindah, Kampung Baru, Zainal Frederick berkata, mereka merupakan kumpulan terakhir penduduk di kawasan berkenaan selepas 18 keluarga telah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak sejak April tahun lalu.
"Masalah tanah mendap ini sudah 16 bulan berlaku tetapi kehidupan penduduk tersebut berlalu tanpa pembelaan sewajarnya daripada pihak berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui, di sini hari ini.
Katanya, walaupun penduduk terbabit diminta keluar daripada rumah mereka di kampung berkenaan, tiada sebarang pampasan diberikan.
"Kononnya penduduk akan diberi pampasan dan saguhati sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi notis keluar rumah yang diterima oleh penduduk sebagai 'angpau' raya termasuk mereka yang telah berpindah sebelum ini.
"Persoalannya, siapa yang harus dipertanggungjawabkan bagi menjamin keselamatan harta benda penduduk akibat kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan," katanya.
Katanya, ini kerana penduduk tidak membawa semua barang mereka ke PPR berkenaan dan mereka juga tidak tahu sampai bila akan ditempatkan di perumahan tersebut sementara menunggu kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Sementara itu, Setiausaha jawatankuasa bertindak tersebut, Abdul Ghani Mohd. Noor pula berkata, kebajikan penduduk kampung tersebut yang majoritinya orang Melayu dilihat telah diabaikan begitu sekali.
"Sejak bencana tanah mendap pada April 2011 yang menyebabkan beberapa buah rumah mengalami keretakan, banyak jalan di kampung itu juga mengalami kerosakan akibat hujan lebat.
"Kejadian tanah mendap ini berlaku disebabkan palong bawah tanah yang telah usang dan rosak.
"Sejak insiden itu berlaku, pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) seolah-olah ingin 'lepas tangan' untuk melakukan pembaikan,'' katanya.
Ekoran masalah itu, katanya, penduduk yang menjadi mangsa apabila kehilangan sumber pendapatan daripada sewaan rumah, sewaan bilik, perniagaan taska dan menjahit.
Menurutnya, notis DBKL bertarikh 14 Ogos itu turut menyatakan, penduduk akan disaman RM250 setiap hari sekiranya tidak mengosongkan premis dalam tempoh tujuh hari.

2 comments:

  1. Sanggup membahayakan diri sebab tak dapat pampasan? Tapi masih nak tuduh dbkl macam-macam.. Bukan dbkl yang paksa duduk situ.. Kalau nak selamat, keluar. Kalau tamak, duduk je la.. Orang nak selamatkan dia, dia nak duit la apa la..

    ReplyDelete
  2. Kepada Anon 21:04
    Yang dipersoalkan kenapa 7 hari sebelum raya baru nak keluar kan notis.. kenapa bukan sebulan yang lalu, kenapa bukan 6 bulan yang lalu atau setahun yang lalu... adakah hanya kerana dah panas sampai tahap yg tertinggi baru nak bertindak.... 16 bulan mangsa menderita kerana aset kerajaan rosak ... magsa hilang pendapatan selama 16 bulan... sapa nak ganti... kalau tak kena kat batang hidung sendiri jangan nak meleret...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog