Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

16 July 2012

Realiti : Berita Kurang Enak Utk UMNO/BN....AWAS.. Ini Realiti


13 Julai 2012
Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. “Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, disuruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.


Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak pada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. “Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara.” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya dianggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BR1M, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak.” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun ke bawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali ke bawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Anak pemimpin besar negara jugalah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya-raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Saya bertanya kepada ahli MUBARAK itu, "So are you going to campaign for Pakatan?" Beliau menjawab, "I am not sure how to do it, but if they vote against BN, I'll be the first to congratulate them. PAS, DAP and PKR must now get ready to accept mandate from the people."
Dari blog Aspan : Melayu DAP

20 comments:

  1. Macam susah nak percaya berita ni.... Aku yakin BN bertambah kuat sekarang. Tak taulah kalau ada talam dua muka dalam BN. Apa pun, aku sangat yakin akan kekuatan BN sekarang ni. Malahan aku yakin yang pembangkang pun tak pernah kuat. Mereka bernasib baik pada 2008 kerana BN lemah dan dikelilingi pengkhianat ketika itu.

    ReplyDelete
  2. cerita rekaan....psycho punya cerita. maaf tak masuk akal.

    ReplyDelete
  3. ceh..kutip story dr blog Aspan melayu tunggangan DAP..so hangpa paham2 je laaa...

    ReplyDelete
  4. Sapa2 kalau boleh check... kALAU Aspan kelentung, gua nak sound Melayu DAP ni... gua kutip utk kesedaran..kalau ini cerita betul.. tapi kalau cerita rekaan, memang gua akan mengambil kesempatan ni untuk sound Aspan Melayu DAP tu...

    ReplyDelete
  5. Bekas MP juga Menteri yang hadir dalam majlis itu mengesahan maklumat Bolgger Aspan adalah betul dan tepat.. 1/3 berkas ADUN & MP BN dulu adalah musang berbulu awam.. terima lah hakikat ini.

    ReplyDelete
  6. kalau betul cite ni , gua sedih dgn adun dan bekas exco ni.....sb adun dan exco silih bganti utk mmantap kan kerajaan. kalau muka sama je pastu x ada peluang bagi org baru, camna? gua ckp bukan utk mana2 pihak, tapi kalau hati iklas bhikmat utk rakyat, benda ni x jadi bro........ mungkin adun gan exco ni yg nk kepentinggan........

    ReplyDelete
  7. eleh depa pn pernah makan duit2 mcm tu kot?knpa bru skrng bersuara...dlu ada peluang diam ja..ceh,,ini rekaan

    ReplyDelete
  8. Assalam Bro.
    Inilah penyakit Umno tk boleh telan cite yg tak memihak kepada mereka.Gua pun ada siar artikel si Aspan ini...so what???

    Betul tak betul apa nak kira walau dongeng si Aspan sekali pun.Kata psywar..tkn kena dongeng sikit nak melompat?Kata Umno pakar psywar?Betul tak bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul x betul kira apa? Kira la dosa ko utk ke neraka, bila fitnah jd senjata maka neraka lah tempat org2 mcm kau...

      Delete
  9. Pada pendaPat aku la BN atau pembakang dan sesiapa pn sama saja termasuk la aku.. Hahaha Bkn saje politik,baik pertubuhan ke, persatuan ke sama je...masa blm ada kuasa blh cakap x de kroni la utk anak n sedara mara, tp bila dh ada kuasa abis semuanya dia sapu..itu la lumrah, klu tk, x de la org sanggup buat apa saja utk menjadi seorang yg bekuasa..mmg btl,sp pn mesti nk keluarga n kaum kerabat dia berjaya...cuma berpada-pada la..igt la org lain pn nk cari mkn n sara keluaga juga..Tp yg paling utama, adalah agama,bangsa dan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi besar tanggungjawab, lagi besar dugaan...

      Delete
  10. Ini adun dulu2 sudah dapat makan sudahlah..bagi lah orang lain makan pulak..pastu buat cerita nak belot sini sana...langsung tak sedar dek huntung..apa2pon my vote still goes to BN...Najib is not that kind of stupid desperate politician like Anwar's whom determine support from this kind of season's desperado politician ....none of them can be trusted...they are blood suckers...huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x...cite ni mcm pelik...

      Delete
  11. tak kira siapa pun yg berkuasa yg pasti suadara mara,sahabat handai,rakan taulan,yang jauh atau pun yg dekat akan dipanggil untuk membantu dan mengukuhkan kedudukan agar tidak mudah digugat.jika ada diantara mereka yg dianggap boleh mengugat kedudukan pedang telah tersedia untuk mencantasnya.

    siapa pun yg berkuasa amalan ini akan terus berjalan tanpa mengira parti apa sekali pun berkuasa.

    bagi saya pengalaman mengajar segalanya.

    ReplyDelete
  12. Alaa.... orang pencen macam tu la cakapnya... macam depa tu terrer sangat...dulu..cabaran lain.... mereka nasib baik jadi wakil rakyat dulu...rakyat tak berpecah sangat... lagi pun yang rakyat marah sekarang ni sedikit sebanyak disebabkan mereka juga... mereka rasuah sama jugak..tapi sekarang bila orang lain dapat dah marah...porraaaahhh.. ni tak ubah macam kadir mamak sheikh fadil tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setugu dgn ko... Otai2 ni lh yg wat kurap pastu salah kn org muda lg baik dr dorg.

      Delete
  13. lor ANwar ibrahim pun korup jugak, khalid pun korup jugak lim kit siang un korup jugak, nizar pun korup jugak... sama je..

    yg penting kenyataan anwar dlm pertemuan terkahir last mth memang menggeruni pru13 ni, dia sendiiri dah melabur pada blogger alternatif utk meracun pemikiran rakyat, mnegupah paparazi mencari kelemahan BN dan UMNO. Hingga ke india pun hantar dan beri peruntukkan untuk ikut ROSMAH.. Menyalurkan wang kepada gereja dan masjid utk tarbiah menyokng politik PR.

    ReplyDelete
  14. Khait Ptui. Craps!

    ReplyDelete
  15. Shits! All craps.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog