Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Umno mula rasa tergugat dan kredibilitinya tercabar sehingga timbul cadangan mahu menubuhkan majlis ulama.

“Kredibiliti mereka mula tergugat hingga terpaksa memberi usul untuk menubuhkan majlis ulama Umno. Ini kerana penubuhan Umno selama ini berpaksikan politik bukan agama.

“Jadi untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, mereka terpaksa mengemukakan usul ini kerana rasa tergugat dengan perjuangan Pas yang selama ini bersama-sama Islam,” kata Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.