Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 June 2012

Realiti Masa Depan UMNO/BN Menghadapi PRU13

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-easy-wins-ahead-dr-m-tells-bn/
Pendapat gua mcm ni lah... selagi UMNO/BN terus tamak dan banyak kontrak2 kerajaan di monopoli oleh pihak-pihak tertentu... selagi itulah UMNO/BN akan terus lemah dan rapuh. Rakyat akan terus mempertikaikan pemimpin2 tertentu... dengarnya tender2 dan sebutharga dari Kementerian Pelajaran dimonopoli pihak tertentu... ini di ketahui umum.. tapi pihak umum tiada kuasa untuk mengubahnya... jadi apa akibatnya.. semakin banyak kontraktor akan mula hadapi kesulitan kerana tiada peluang untuk berniaga dengan MOE... jadi.. semuanya akan diluahkan semasa PRU 13 nanti... jangan terkejut jika UMNO/BN hanya menang sedikit atau berkemungkinan kalah!!!
Apasal gua nak cakap pasal hal ni... sebab gua ni penyokong kerajaan yg sedia ada dan memang dari dulu gua sokong kerajaan dibawah BN... tapi nampaknya pemimpin2 kerajaan BN masih berada di takuk lama.. mungkin bukan semua tetapi kebanyakannya.. 
Semua ini adalah tak lain dan tak bukan kerana NAFSU dan TAMAK.. orang tamak selalu rugi, bak kata pepatah Melayu...
Sebenarnya gua tak la kata yang puak PAKATAN bersih.. sebenarnya dua2 lebih kurang aje.. tapi gua cuma nak pesan kat puak2 UMNO/BN, sudah-sudah la tu.. memang tidak mudah untuk dibuktikan secara terperinci bahawa berlaku salah guna kuasa dan rasuah... ini sama bagi kedua-dua belah... kerajaan mahupun pembangkang.. tetapi rakyat sekarang sudah lebih matang dan ber informasi... lupakah UMNO/BN sebab-sebab mereka hampir kalah pada PRU yang lepas... bukan kerana rakyat sukakan pembangkang tetapi kerana rakyat bencikan kesombongan dan keangkuhan UMNO/BN...
Jangan khayal, bila kerajaan bagi BR1M, Bram, Brum atau apa pun.. ya memang rakyat luar bandar yg susah dan sempit sangat gembira... tapi ingat undi itu masih belum tentu lagi... ini untuk masyarakat bawahan yang memang sempit... dan bagi masyarakat bandar yang sederhana pula.. setakat $100, 200 dan 500 itu.. rasanya satu, dua hari dah selesai tinggal 50sen... bukan pasal boros tapi itu realiti bebanan kos hidup dibandar... Yang lebih penting adalah peluang kerja dan berniaga.. tapi macam mana kalau peluang berniaga semakin sempit lebih2 lagi bila projek2 kerajaan dibolot oleh puak2 tertentu sahaja...
Gua ni sebelum ni tergolong dalam silent majoriti yg sokong kerajaan BN... tapi kalau ditanya hari ini.. gua sudah bertukar kepada golongan atas pagar.. bukan kerana gua nak menyokong pembangkang tapi gua semakin kurang yakin yang kerajaan BN dan pemimpinnya akan berubah...
So secara realitinya masa depan UMNO/BN masih tidak kukuh dan kemenangan untuk PRU 13 adalah masih menjadi persoalan....
The time left is very short.. dear leaders of BN.. please wake-up.. call time dah lepas tapi masih ada masa sebelum check-out... THIS IS REAL..

2 comments:

  1. BRO,
    JANGAN KELIRU ANTARA KORUPSI DAN IDEOLOGI PARTI. KALAU NAK UNDI, KITA PILIH IDEOLOGI PARTI...KALAU NAK HAPUS KORUPSI, KITA REPORT KAT SPRM ATAU TUMBANGKAN ORG ITU DALAM PARTI...BUKAN DENGAN CARA UNDI DALAM PRU...JANGAN TERMASUK PERANGKAP FUCKATAN..KORUPSI TETAP AKAN BERLAKU SEPANJANG MASA TAK KIRA SIAPA YANG PERINTAH...USOP WILCHA

    ReplyDelete
  2. Gua harap apa lu cakap tu boleh di pakai bro... tapi cakap dan mengeluarkan kata2 tu mudah... mungkin lu bukan tergolong dalam orang yang berniaga dengan kerajaan.. banyak kawan dan rakan yang biasa cari makan sebagai vendor kerajaan kebelankangan ni menghadapi kesulitan... dengar cerita hanya syarikat besar yg boleh beri sokongan kewangan kepada BN untuk PRU13 yang bakal monopoli kebanyakan kontrak kerajaan... kalau syarikat tak dapat job.. macam mana nak bayar gaji.. macam mana nak suap keluarga..
    Tak apalah kita terus lihat apa nasib brader2 kita.. yang tentunya banyak yang dah terjerut perut..
    Gua cuma nak ingatkan aje.. jangan TAMAK.. buruk akibatnya.. didunia dan di akhirat jugak kot nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog