Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 May 2012

Syabas, Tan Sri Rozali Tindas Rakyat Hanya Kerana RM138.27

Jangan tak tau brader2 semua... gua dengar gaji Tan Sri Rozali mencecah lebih dari RM 5 juta setahun.. sila baca di bawah :

http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/11/siapa-sebenarnya-makan-gaji-buta-syabas.html
http://www.malaysiawaves.com/2010/07/gaji-ceo-syabas-lebih-tinggi-dari-ceo.html
http://www.kl-today.com/2010/12/potong-gaji-rozali-bukan-naik-harga-air/
http://khairulryezal.blogspot.com/2010/12/gaji-ts-rozali-ismail-ceo-syabas.html
http://malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my/tag/tan-sri-rozali-ismail/
http://www.malaysiakini.com/news/149876

Tapi ingat.. jika anda di Selangor dan anda terlambat bayar bil yang cuma berjumlah RM 138.27 air di rumah anda akan tetap di potong, lepas tu di tambah beban RM 50 untuk penyambungan. Syabas!!!


Ada rumah brader kita yang berkeluarga Islam dan punyai 7 penghuni 4 dewasa, 2 kanak-kanak ( 6 & 8 tahun) dan seorang anak kecil (satu setengah tahun). Apasal brader kita terlambat  dua atau tiga bulan bayar bil air yg berjumlah cuma RM138.27 tu? Rasanya mungkin kurang berkemampuan la kot atau dok bajet and rolling demi belanja harian keluarga.
Tapi persoalannya :
  • Adakah terlalu tinggi nilai RM138.27 itu?
  • Adakah SYABAS akan kerugian jika terlambat collect bil yang cuma RM138.27?
  • Adakah gaji Tan sri rozali akan kurang RM138.27 jika tak dapat collect bil yang cuma RM138.27 itu?
  • Tidakkah mereka ada simpati dan fikirkan macam mana keluarga Islam nak bersih diri dan berwuduk untuk menunaikan solat jika dibandingkan dengan bil yg hanya RM138.27 tambahan dengan anak kecil yg perlu dibasuh setiap kali membuang air kecil dan besar?

Tak ada keperimanusiaan ke Syabas dan tan sri rozali dan tiada rasa bersalahkah kerana menindas rakyat yg hanya terlambat bayar bil yg cuma RM138.27?
Kenapa tiada tolak ansur langsung... kegunaan air adalah hak rakyat, Syabas dapat berniaga dan dapat keuntungan dalam menguruskan air untuk rakyat Selangor, tapi mana sikap tanggung jawap dan tolak ansur dan nilai Islam Syabas dan tan sri rozali?
Kita tidak cemburu dengan kemewahan tan sri rozali.. tapi janganlah sampai menindas rakyat!!! 
Dengar kata tan sri rozali ada menaruh minat nak masuk politik dan mungkin juga antara calon MB jika BN menang di Selangor. Gua cadangkan tan sri lupakanlah jika  benar hasrat tersebut. Sebagai pemimpin Syabas pun anda telah gagal dan menindas rakyat yg cuma terlambat bayar RM138.27? 


Hanya dengan gaji tan sri rozali selama 5 minit dapat langsaikan RM138.27...

Jangan tindas rakyat hanya kerana RM138.27
..... KEJAM !!! ..... ZALIM !!!




15 comments:

  1. .
    .
    .
    Tuan,
    SYABAS ini kena overhaul sepenuhnya.
    Kurang waras pemikiran mereka. 
    Kakitangan yang tidak effisien malah menyusahkan.

    Jikalau bekalan air anda di potong...Dan setelah membuat bayaran sepenuhnya di Petaling Jaya...maka sambungan air itu Akan di buat pada selepas jam 5 ptg.

    Untuk diri saya pada jam 9 Malam. Talian talon yang tertera dalam bill semuanya tidak di jawab termasuk Talian BEBAS tol 1-800 x x x x! Number talifon adalah bahan lawak jenaka.

    Tidak kah terfikir penguin rumah hendak solat Asar, Maghrib Dan Isya memerlukan air?

    RM50 untuk penyambungan semula adalah rezeki yang Halal untuk contractor. 
    Sesungguhnya...bayaran itu disertai dengan caci nista Dan Sumpah seranah orang yang membayarnya. Melampau!

    .
    .
    .

    ReplyDelete
  2. Talian number talifon...tak boleh pakai.
    Kalau tak percaya Cuba call 1-800
    Duit haram.

    ReplyDelete
  3. Eluk juga membiasakan diri bertanggungjawab untuk BAYAR, seperti ayam, ikan dan sayur di pasar. Api, Air dan Telefon juga perlu bayar. Unsur denda ada dimana-mana baik dalam alam "sementara" mahupun alam "kekal nanti". Sebarang usaha untuk mengingatkan orang supaya lebih bertanggungjawab adalah usaha murni.

    ReplyDelete
  4. Hutang kecik beso perlu lunas. Nanti dah mati azab kubur nak jawab. Susah kat dunia siket je..Berjimat cermat lagi bagus kalau tau tak mampu..

    ReplyDelete
  5. Kalau xnak bayar bil air,pi la gali perigi.

    ReplyDelete
  6. kalau dah tak bayar 2 bulan, eletrik, telefon malah asto pun kena potong, itu kira ada juga syarikat tu bertanggunjawab dengan siap bagi notis, makna... amaran telah diberi kalau buat tak endah juga, sendiri mau pikir lah.

    ReplyDelete
  7. 1000 liter = 57sen utk 20meter padu pertama.. cukup murah dan mudah utk mendapatkannye. Cuma perlua buka pili paip dlm rumah je. Rokok rm10 sehari bolelak beli. Astro yg bukan keperluan boleh bayar...

    ReplyDelete
  8. mesti perlu ingat bro..dye owner bro..yang buat post ni pon akal x de.. hutang klu x bayar walaupon satu sen..tergantung gak.. kira beruntung la air kat selangor masih ok..dlm masa 4 taun ni jew teruk dah(aku anak jati selangor) PR dpt jew selangor..semua kontrak untuk anak selangor semua dye bg orang2 dye..puih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh mcm ko sorang je anak jati selangor. klu rasa nak support sgt syabas, ko bayar la seliter air seringgit. Byk pahala ko dpt tolong rozali tu orang susah. rozali ni jenis yg suka ngutuk melayu dan suka mengagung agungkan cina dan india, aku pun x paham knp. dulu secretary dia cina, bila cina tu berenti dia amik pulak india. Ko kena ingat sikit rozali klu umno x naik melalui sokongan orang melayu x kemananye ko. ko naik dulu pun, orang melayu bernama Tan Sri Muhammad Taib (Pejuang Melayu Tulen) yg bantu.

      Delete
  9. kalau tak silap syabas ada satu program tlg org miskin byr bil awal tahun ni. mmg la hutang rm 138 tu tak byk banding ngan gaji dia, tapi penulis kena ingat, bukan dia sorang yg kes mcm ni. byk lg dan kalau dicampur semua bil tertunggak, byk tu. apepun, hutang wajib byr. jadilah org yg btggjwb, jgn nak free jer mcm mahasewel.

    ReplyDelete
  10. bil air tak byar dh bisng2 . aku dulu duk kat shah alam, seksyen19. jiran aku air kene potong pasal x byr bil 4 bln lebih. pasal dh lebih dr jumlah deposit. bising ms kontraktor potong air. tapi kat mulut tak lekang ngN rokok. smbl marah siap pau rokok budak potong air lagi. kereta tak ingat la. ekzos dh boleh sumbat bapak kucing. tu ada lak duit. buat pengetahuan semua. syarikat utiliti takkan potong bekalan api.air.gas ke rumah korang sekiranya jumlah tunggakkan masih di bawah jumlah deposit walaupun tunggakkan dh masuk 4 bulan. tp klu dh lebih walaupun baru 2 bulan. memang saje crnahas la.

    ReplyDelete
  11. Tuan punya blog nih bangang ka apa.. Mmg kena bayar la kalu berhutang.. Kalu nak free pegi duduk kat tmpt yg ada sungai.. Air free..

    Zorro...

    ReplyDelete
  12. nampaknya banyak yg komen dan nampaknya yg komen adalah dikalangan penduduk yg berdisiplin dalam membayar bil2 mahupun apa2 hutang lain... alhamdulillah.. baguslah kalau anda semua mampu membayar hutang dan tepat dengan waktunya... mungkin brader yg kena potong air tu ada masaalah lain yg kita tak tahu.. rasanya tak perlulah kita nak hina pulak orang yg macam ni.. gua tulis ni pun cuma mengetengahkan isu ini supaya Syabas lebih simpati dan tidak hanya terlalu pentingkan keuntungan.. mungkin hari ini kita di atas.. jangan kita lupa diri dan hina mereka yg dibawah... sekadar ingatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr zopinion, you'r the man. X mcm komentar2 yg angkuh spt di atas. Suruh orang pergi perigi la mcm2 lagi. Aku rasa diorang ni klu tengok orang2 somalia yg berpuasa tapi x bersahur dan berbuka, x ada apa perasaan pun yg timbul di hati mereka. Sbb hati tu masing2 dah kering dan sombong. Perasaan kesian trhadap orang lain yg susah dah tak wujud dlm diri mereka dah. Klu kita byk membaca buku2 (penulis luar dan dlm negara) maka kita akan tahu the Dajjal System telah menguasai hampir seluruh dunia. Dan contoh2 penyokong sistem itu (yg rasa diri mereka adalah penentang yahudi/dajjal tp sebenarnya penggerak tanpa sedar) boleh dilihat drpd beberapa pengomen diatas..takde empathy langsung!!

      Delete
  13. pikir la logik sikit moderator....
    mana ada kompeni x amik tindakan tegas kalau hutang tak mau bayar... kalau pakai tepon bil x mau bayar pon kna potong... kalau pakai kete, tapi maintenance tak mau buat.. lama2 rosak kete tuh..

    apa yg aku rasa.. rakyat tu kan kita.. kita kna bertanggung jawab utk apa yg kita gunakan...

    UNTUK kompeni SYABAS.. aku cadangkan korang pakai sistem prepaid bagi org2 yg macam moderator nih.. sbb tak reload x dapat air... macam tepon la gak..tak reload x leh guna utk tepon luar.. tp leh terima call... kalau air plak.. tak reload x leh nak guna air... main water nyer salur still ada... tapping bila dah reload...


    adil tak moderator.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog