Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

06 May 2012

Najib : Meh Try Sepenggal

PM Najib dalam lawatan ke negeri Kelantan mintak rakyat Kelantan bagi test kerajaan BN untuk sepenggal. Yeah, why not.. cuba try tengok, kalau BN jaga Kelantan sepenggal apa jadi.. kalau ada perubahan yg baik.. bagus lah untuk rakyat Kelantan, kalau tak cukup bagus.. bagi la balik kat PAS untuk perintah Kelantan..
Amacam, ada berani?


'Insya-Allah, beri peluang kepada Barisan Nasional, kita akan buat perubahan besar, masalah bekalan air bersih boleh selesai dan banyak lagi masalah boleh kita selesaikan termasuk permintaan mewujudkan lebuh raya," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik, di sini hari ini.
Najib berkata, semangat hendakkan perubahan yang besar itu harus bermula dari sekarang, termasuk mereka yang memakai baju warna merah yang sinonim dengan semangat 'gelombang merah' yang dicetuskan Umno Kelantan untuk merampas negeri tersebut daripada pentadbiran Pas.
"Daripada perhimpunan seperti ini, kita akan mara ke depan, kita tahu tidak mudah tetapi saya setuju dengan dikir barat tadi, cuba try test sepenggal, saya yakin perubahan besar akan berlaku," katanya.
Sehubungan itu, Najib menyeru rakyat Kelantan berjuang habis-habisan supaya perubahan besar dapat dilakukan untuk mereka dan negeri tersebut.
Beliau berkata kerajaan pusat yang prihatin dengan nasib rakyat Kelantan, telah banyak membantu mewujudkan pembangunan untuk mereka.
Di jajahan Gua Musang, Najib berkata kerajaan sudah meluluskan pembinaan projek perumahan rakyat sebanyak 1,000 unit, selain 350 unit rumah di bawah projek agropolitan dan peruntukan RM3 juta untuk masyarakat Orang Asli menanam pokok gaharu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog