Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

11 May 2012

Brader Hassan Ali Marah


Perang Dr Hassan Ali dan Mahfuz sudah didaftarkan dan kita lihat kesudahannya. Hassan Ali memfailkan saman fitnah keatas Mahfuz yang menuduh beliau menerima bantuan kerajaan. Gua pun tak tau la sebelum ni ada siapa-siapa pernah saman Mahfuz ke pasal rasanya selalu orang buat tak endah aje dengan komen-komen Mahfuz yang selalunya nampak kurang inteligen dan omongan kosong.. tapi tak apalah kita nantikan kisah mahkamah seterusnya dan apakah kesudahannya..


KUALA LUMPUR - Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali memfailkan saman terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar atas dakwaan memfitnahnya berhubung satu kenyataan yang menyatakan beliau menerima bantuan kerajaan.
Hasan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Kamarul Hisham & Hasnal Rezua pada 12 April lepas dan ia didengar di hadapan Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham. Prasad menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes.
Menerusi pernyataan tuntutan, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac lepas dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.
Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut. - Bernama

1 comment:

  1. Bagi sampai Mahfuz muflis!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog