Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

26 April 2012

Wau, wau, wau.. MAS Bayar BinaFikir RM30 Juta..

Wah, wah, wah... sampai RM30 juta untuk bayaran sebagai perunding untuk MAS. BinaFikir ni jadi perunding ke jadi tukang songlap duit MAS? Tapi masaalahnya RM30 juta ini hanya ini yg dapat dari orang dalam.. kenapa MAS tidak berani untuk bertindak telus dan membuktikan kos yang sebenarnya sekiranya maklumat yg dibekalkan ini diragui... MAS takut disaman oleh BinaFikir? MAS hak kerajaan Msia dan rakyat Msia berhak untuk mengetahui bagaimana wang kerajaan dibelanjakan... Bolehkah rakyat pula menyaman MAS kerana menyembunyikan rahsia perbelanjaannya YANG SANGAT DIRAGUI?
RAKYAT TIDAK SUKA KERAJAAN YANG LEMAH!!!


Apa kerahsiaan yang threaten national security? Apa kerahsiaan? Kita hendak tahu berapakah harga consultancy fees itu. Bukan kita hendak tahu apa yang terkandung dalam reportnya. Seperti katalah satu itu fail rahsia, Official Secret Act.Tidak bolehkah kita hendak tanya kepada kerajaan, berapakah harga-harga kerajaan membayar kepada kertas-kertas yang digunakan. Bolehkah kerana kertas itu, di dalam fail itu di bawah official secret, kita tidak boleh tahu.
Walau bagaimanapun inilah Dewan yang mulia sekali dalam negara badan yang teragong dalam negara. Kenapakah kementerian tidak boleh memaklumkan kepada Dewan ini? Hendak sembunyikan. Kita sudah tahu lebih daripada RM30 juta dibayar kepada konsultan ini. Konsultan conmen sekarang jadi ketua di MAS nombor dua. Inilah amat-amat tidak boleh terima. Saya harap Menteri beri jawapan dengan tegas yang telus perkara ini. Jangan hendak sembunyikan untuk hendak selamatkan satu orang sahaja. Oleh kerana MAS ini adalah satu syarikat negara, satu ikon negara kita jangan jahanamkan MAS. WAU ini adalah bukan hendak pulihkan MAS bukan hendak selamatkan MAS kerana kita sudah nampak. Hari ini dia kata MAS adalahbleeding, MAS sekarang ini adalah sick patient, dengan izin. Kalaulah WAU di bawahBinaFikir pada tahun 2003 adalah baik terbaik sekali hari tidak ada masalah.
Sumber : YB Wee (KLIK DISINI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog