Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

04 April 2012

Adakah DAP Parti Dikuasai Kristian



Kristianisasi, kesan MCA hilang pengaruh dan implikasi ke atas PRU13

Dalam pilihanraya umum lepas, MCA bertanding 40 kerusi Parlimen dan menang 15.
Pecahan kerusi Parlimen yang dimenangi MCA ialah 9 kerusi majoriti pemilih Melayu dan 6 majoriti Cina.
Daripada 15 orang lawan yang dikalahkan calon MCA, 8 orang adalah Melayu (dari PKR, PAS & DAP), 6 Cina (DAP & PKR) dan seorang India (PKR).
Keputusan PRU12 menunjukkan kemenangan MCA kebanyakannya diperolehi di kawasan-kawasan Melayu serta dengan mengalahkan lawan Melayu. Ini menunjukkan MCA bergantung kepada kerjasama dan bantuan Umno.
Dua calon MCA hanya menang dengan majoriti tipis, iaitu di Lumut dan di Alor Setar. Itupun pada mula-mulanya disangka Gooi Hsiao Leung – seorang peguam dan ahli exco PKR Kedah – yang menang.
Wilayah Persekutuan tidak mempunyai kerusi negeri (hanya ada kerusi Parlimen). MCA mempertaruhkan lima orang calon yang kalah kesemuanya di kerusi-kerusi berikut:
  • Wangsa Maju / kalah kepada Wee Choo Keong (PKR bertukar wakil Bebas)
  • Bukit Bintang / Fong Kui Lun (DAP)
  • Seputeh / Teresa Kok (DAP)
  • Cheras / Tan Kok Wai (DAP)
  • Bandar Tun Razak / Khalid Ibrahim (PKR)
MCA hanya tinggal Ahli-ahli Parlimennya di 6 buah negeri pantai barat dan paling kuat di Johor di mana ia masih memegang 7 kerusi.

Parti itu telah lingkup di Pulau Pinang manakala di Selangor, hanya mantan presidennya Ong Tee Keat berjaya mempertahankan kerusi yang disandang beliau di Pandan.
Walaupun MCA memenangi 3 kerusi Parlimen di Perak dalam PRU12, ia telah kehilangan semua kerusi-kerusi DUNnya kecuali satu di Chenderiang.
Daripada 28 orang Adun BN di Perak, 27 adalah Umno, termasuk Bota. Perak ialah contoh kerajaan negeri yang hampir keseluruhannya Melayu (96.4 peratus dari segi komposisi Adun).
Susutnya pengaruh MCA sejajar dengan kemerosotan peranan golongan pemimpin Cina yang beragama Buddha.
Menggantikan tempat MCA ialah DAP yang hari ini bersifat Kristian evangelis dan Anglophile. (Cuba lihat kepada Guan Eng yang tidak berupaya untuk berbahas dengan Chua Soi Lek secara spontan dalam bahasa Mandarin tetapi terpaksa sering merujuk kepada nota-nota yang dibaca mengikut skrip ketika perdebatan mereka.)
Ikut arah jam: Teresa, Tony, David, James, Nie Ching, Hannah
Dalam pada itu, kejayaan DAP mengatasi MCA boleh dijejak balik kepada sokongan yang diberikan parti itu oleh pihak gereja.
Mengimbas kembali kepada kempen PRU12, seramai 200 orang pastordaripada 40 buah gereja di Lembah Klang telah mengadakan pertemuan dengan calon-calon DAP pada 27 Feb 2008 — selang 10 hari sebelum hari membuang undi.
Dialog tersebut dianjurkan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang mana DAP telah berpeluang membentangkan manifesto mereka kepada orang Kristian menerusi saluran gereja.
Delegasi DAP merangkumi Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Dr Cheah Wing Yin. – Sumber:Buletin NECF

Pertembungan tamadun

Sejak beberapa tahun kebelakangan, perkembangan politik agama di kalangan pemilih Cina serta mereka yang beragama Kristian semakin menjadi-jadi.
Pola terkini ini pasti memberi kesan baru kepada hubungan kaum di Malaysia.
Misalannya pada bulan Disember lepas, Reverend Eu Hong Seng (iaitu pengerusi NECF, pertubuhan gereja Kristian yang mengatur pertemuan Guan Eng dengan Kristian pada Februari 2008 menjelang PRU12) telah menimbulkan kontroversi apabila beliau membayangkan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat “membuli” kerana melebihkan hak-hak satu kaum tertentu sahaja.
Sementara itu, Bishop Ng Moon Hing, iaitu pengerusi Christian Federation of Malaysia, mengkritik kandungan seminar yang diadakan untuk para guru Johor dengan bertujuan membincangkan cara-cara menangani “ancaman Kristianisasi”.
Seminar tersebut juga turut dikecam oleh seorang lagi biskop, yakni Bishop Paul Tan yang penampilannya seakan-akan seorang politikus pembangkang yang lantang.
Arus politik semasa kian hari kian menjurus kepada sistem dua bangsa. Keadaan menjadi semakin rumit apabila garis pemisah bukan sahaja di antara etnik yang berbeza tetapi juga di antara agama.
Sebelum ini, tidak banyak berlaku persengketaan yang bercirikan agama kerana MCA yang mewakili kaum Cina tidak bermain politik agama. Selama ini juga umat Islam jarang bermusuhan dengan masyarakat beragama Buddha/Taoisme atau pengikut ajaran Confucius.
Peningkatan kuasa DAP adalah hasil daripada mengeksploitasi rasa tidak puas hati penganut Kristian. Kaedah politik ini terserlah tatkala pilihanraya negeri di Sarawak pada April 2011.
Tidak dinafikan sesiapa tentang perangai evangelis yang agresif dalam kegiatan mendakwah.
Perangai politikus DAP pun sangat agresif juga dan ditambah pula puak evangelis mereka gemar bermuka-muka di masjid dan di kalangan khalayak Melayu yang mahu dipikat demi meraih sokongan.
Sikap agresif bercampur-aduk sifat pandai berpura-pura amat berkesan bagi membantu DAP menenggelamkan MCA kelak. Di samping itu, kemunculan isu-isu panas Kristian sebagai modal politik DAP akan menimbulkan persaingan sengit dengan ‘political Islam’ yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog