Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

24 March 2012

Hadi Sindir PKR Kerana Nak Pakai Jentera Parti PAS

Kita sedia maklum jentera parti PAS memang mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan jentera DAP atau PKR. Kita juga tahu memang PKR dan DAP selalu menumpang atas kelebihan jentera PAS ini dan Hadi Awang sedia maklum mengenai ini dan menyindr hasrat PKR untuk tandingi lebih kerusi di Terengganu. 
Hadi juga mungkin sedar inilah mainan PKR untuk menumbangkan beliau secara peribadi... Jaga2 dengan perangkap Anwar and gang...


Di Selangor pulak Azmin mendedahkan kononnya PAS songlap RM800 ribu untuk menjalankan program dan ubahsuai pejabat. Kenapa PKR nampaknya cuba MENCUCUK PAS dari segala sudut... PKR dah ingat depa kuat sangat ke nak cuba jatuhkan PAS dari dalam Pakatan sendiri... 
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/03/azmin-ali-dedah-pas-songlap-rm800-ribu.html


MARANG – Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar “berpengaruh dan layak” untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti.
“Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.
Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini,  bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

http://www.sinarharian.com.my/politik/kena-kaji-semua-sudut-hadi-jawab-pkr-1.34833

1 comment:

  1. PAS,PKR & umno bercekau yg untung tetap DAP.RENUNGTKANLAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog